Sunday 24 March 2013

TERINGAT ZAMAN SUSAH

Tiba-tiba sentimental

Tiba-tiba emo, kata budak-budak zaman sekarang.

Tiba-tiba teringat zaman susah.

Dulu masa kecik-kecik kami susah.  Mama dan Abah Mail bercerai masa kami masih anak kecil, tak tau apa lagi masa tu.

Lepas tu Mama kahwin dengan Abah Salam.  Lelaki budiman yang Allah utuskan untuk menjadi suami kedua Mama.  Dia jaga kami dengan baik, tak pernah dijentik, tak pernah dicubit.  Dipukul jauh sekali.  Paling kuat pun dileteri sahaja.  Leteran untuk kebaikan.

Kesian Mama dan Abah.  Membesarkan lima orang anak bukannya mudah.  Lepas tu kami dapat adik baru, adik daripada bapa yang berlainan.  Tapi kami sayang dia sama, macam kasih sayang sesama kami berlima. 

Zaman susah dulu berbelanja tak semewah sekarang.  Pakai apa saja yang dibelikan, makan apa saja yang dihidangkan.  Tak kenal any particular brand.  Nak makan sedap sikit, kena tunggu hujung bulan.  Itu pun bukan dapat tiap-tiap bulan.

Bayar yuran sekolah lambat sikit daripada kawan-kawan sekelas.  Nasib baiklah kami ni agak pandai, cikgu tak marah, cikgu faham.

Pernah aku menangis bila tak dapat pergi sekolah.  Tak dapat pergi kerana Mama dan Abah tak cukup duit untuk tambang bas pergi dan balik sekolah.  Bukan banyak, 20 sen pergi dan 20 balik.  20 sen lagi untuk belanja di kantin.  Tapi itupun Mama dan Abah tak dapat sediakan.  Masa tu kami tinggal di Gombak, bersekolah di Jalan Temerloh.  Selalu sangat menangis pagi-pagi buta, akhirnya Mama tak kejutkan aku bila tak ada duit.  Sedar-sedar dah siang.  Aku nangis lagi.  Masa tu aku baru darjah 2 tapi semuda itu aku sudah mengerti betapa pentingnya pendidikan.  Pendidikan akan  mampu mengubah nasib aku dan nasib keluarga.

Aku sentiasa ingat pesan Mama.  Dia kata dia tak ada harta nak tinggalkan untuk anak-anaknya.  Dia kata dia juga tak sekolah tinggi untuk bantu kami dalam pelajaran.  Dia kata kalau nak senang belajarlah rajin-rajin.

Aku belajar sambil tolong Mama bungkus nasi lemak, potong kuih, tebar roti jala. 

Aku pernah kena marah dengan classmate sebab nak share buku sejarah dia.  Dia kata tak ada duit ke nak beli sendiri.

Terima kasih Tuhan di atas zaman susah ku dahulu.  Zaman susah itu mengajar aku menghargai apa yang aku ada sekarang.  Sampai sekarang I don't give a damn about branded item, although I could afford it now.  Aku berhemah bila berbelanja.  Aku impart the importance of education into my children.  I instill in them the need to work hard to achieve success in life.

Alhamdulillah, anak-anakku tidak perlu melalui zaman susah seperti yang pernah aku alami.  Tapi aku berharap janganlah kesenangan yang mereka nikmati sekarang menjadikan mereka lupa bahawasanya apa yang kita ada hanyalah pinjaman Allah.




No comments:

Post a Comment