Wednesday 7 August 2013

EID MUBARAK

Assalam.

Terlalu lama tak bersiaran di blog ini.

Kesian kau blog, terabai ya.  Dianaktirikan, sebab sibuk kat blog satu lagi.

Pejam celik, pejam celik dah nak raya.
Sibuk2 mengomel apa nak masak untuk sahur, tau-tau pagi ni dah jadi sahur terakhir untuk Ramadhan tahun ini.
Masa berlalu sangat pantas, tak terkejar dek kita.

Aidil fitri bakal menjelma.  Teringat saya minggu lepas saya menonoton rancangan Tanyalah Ustaz.  Kata Ustaz (alamak, terlupa nama ustaz tu) yang orang Malaysia sibuk kata raya sebulan tu salah.
Yang sebulan ialah bulan syawal.  Tapi Aidil fitri hanya satu hari sahaja iaitu pada 1 Syawal.  Kalau ikut sunnah nabi, syawal kedua sudah berpuasa semula selama enam hari.

Saya tertarik dengan kata-kata ustaz tersebut.  Bila mengimbas bagaimana orang Malaysia menyambut hari raya, terasa kita sangat berlebihan dalam meraikan hari kemenangan.  Sepatutnya hari raya adalah untuk meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan, menggandakan ibadah sepanjang Ramadhan, meningkatkan sumbangan, sedekah dan amal jariah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah.

Tetapi gaya hidup masa kini menjadikan sambutan hari raya jauh menyimpang dari tuntutan agama.  Maka jadilah sambutan hari raya kita diiringi pembaziran, buang masa dan mungkin tanpa sedar persaingan kuih raya siapa lebih banyak, baju raya siapa lebih cantik, raya siapa lebih meriah.  Nauzubillah.

Sebenarnya tak perlu baju baru untuk sambut raya.  Tak perlu tukar langsir baru untuk beraya.  Yang perlu ada ialah kesederhanaan.  Saya berazam untuk mengaplikasikan kesederhanaan dalam sambutan raya tahun ini. 

Sekadar pandangan peribadi saya, anda bagaimana?

Akhir kata, Eid Mubarak.  Mohon maaf sekiranya ada coretan yang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan yang membaca.

Untuk yang balik kampung/berjalan jauh untuk menziarah sanak saudara, have safe journeys.

No comments:

Post a Comment