Saturday 16 February 2013

SAAT KAU LAFAZKAN BAB 3

I am home - finally home after 6 days of vacation.  Alhamdulillah seronoknya berlibur di negeri seberang yang serumpun penduduknya.  Went to Jakarta, then Bandung, Bogor and back to Jakarta.  Akan ku coretkan kisah sightseeing, makan, shopping, ronda-ronda at these 3 places later.

In the meantime, dihidangkan kisah Izureen, Muaz dan Naim Bab 3.  Bab 3 ialah bab Izureen.  E-novel ini ditulis dari dua perspektif - bab ganjil ialah perspektif Izureen manakala bab genap ialah perspektif Naim.  Diharap sesiapa yang sudi membaca sudi juga memberi komen so that I know where my weaknesses are.


Bab 3 - Izureen
 
Kesedihan dan kekecewaan yang melanda terus membelenggu hidupku.  Seminggu aku tidak pergi bekerja.  Mama bising.  Katanya dia malu dengan kakitangannya.  Manakan tidak, anaknya sendiri yang baru empat bulan dibawa masuk ke syarikatnya sudah pandai buat perangai ponteng kerja.
 
Alangkah bagusnya kalau Mama faham apa yang sedang aku alami.  Tetapi, seperti biasa Mama memang tidak pernah memahami aku.  Semenjak papa meninggal Mama tidak lagi punya masa untuk aku dan Abang Iz.  Mama mengambil alih pengurusan syarikat katering yang papa asaskan.  Masanya dihabiskan di pejabat, mama jarang ada di rumah untuk memahami jiwa remajaku yang kesepian dan dahagakan kasih sayang.  Sudahlah papa pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, Abang Iz pula jauh di Ireland, menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan. 

Kemunculan Muaz dalam hidupku tepat pada masanya.  Dia datang menghulurkan persahabatan ketika aku sepi, rindu, sedih dan dahagakan kasih sayang.  Maka salahkah kalau aku jatuh cinta padanya?  Tapi kini semuanya sudah tidak bermakna lagi.  Muaz yang aku cintai rupa-rupanya hanya menyayangi aku sebagai seorang sahabat.  Hatinya kini miliki oleh orang lain.

Loceng pintu berbunyi.  Tombol pintu dipulas dan satu wajah yang aku rindui menjenguk ke arahku.

“Kakak” laungku.

Kak Izarina meluru ke arahku.  Kami berpelukan di atas sofa dan dalam dakapannya air mataku luruh.  Aku menangis teresak-esak sambil kak Rina mengurut belakangku, cuba menenangkan aku.  Izarina adalah satu-satunya kakakku.  Anak tiri Mama yang pertama kali kami jumpa pada hari papa kemalangan.  Papa meninggal di hospital tetapi emak Izarina meninggal di tempat kejadian.  Sejak itu kak Rina tinggal bersama kami walaupun Mama tidak menyukainya.  Mungkin kerana kekecewaan yang timbul apabila mengetahui dirinya dimadukan membuatkan Mama tidak menyukai kak Rina.  Namun nasib menyebelahi Kak Rina. Beberapa bulan selepas kematian papa, kak Rina melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Sebaik pulang dari pengajiannya, kak Rina menetap di rumah peninggalan emaknya.

 “Sabarlah Adik, pastinya ada hikmah di sebalik semua ini” kata kak Rina bila esakanku berkurangan.

 “Adik bodohkan kakak?  Adik salah mentafsir perasaan Muaz….” dan esakanku berlagu lagi.

“Adik tak bodoh.  Adik cuma keliru.  Janganlah bersedih.  Ini semua dugaan hidup.  Apa yang adik alami sekarang akan menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk adik meneruskan hidup”, kak Rina memujuk.

“Hati adik pedih kak, sakit sangat bila mengenangkan Muaz.  Kenapa dia tak faham perasaan adik terhadapnya selama ini.  Kalau adik tau akan jadi macam ni, I would have declared my feelings towards him”.

“Cinta tak boleh dipaksa dik.  Even if you had told him, he may not have the same feeling”.

Aku diam, membenarkan apa yang kakak ucapkan.  Betul cinta tidak boleh dipaksa.  Hari ini aku juga faham mencintai tidak sama dengan dicintai.

Life has to go on dik.  Jangan kerana cinta hidup kita terkandas.  Adik pun tau kan, kakak putus cinta tiga kali sebelum jumpa dengan Abang Aeril.  Alhamdulillah, percintaan dengan Abang Aeril berjalan lancar.  Kakak tetap positif walaupun pernah kandas dalam percintaan.  Percayalah, kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, itu maknanya Allah has something better for us”.

Aku melepaskan pautan tangan pada badan kak Rina.  Memandang wajahnya yang tenang.  Memang kak Rina seorang yang tabah.  Aku masih ingat dia langsung tidak menangis ketika jenazah papa dan emaknya diuruskan.  Dia tidak pernah marahkan Mama walaupun Mama tidak melayannya dengan baik.  Dia tidak pernah mengeluh dengan takdir hidupnya, malahan sentiasa positif terhadap apa juga terjadi kepadanya.

“Terima kasih kakak, for lending your shoulder and listening to my nonsense”.

Kak Rina gelak dengan kata-kataku. 

That’s not nonsense.  Come, we need to do something to cheer you up.  Duduk terperuk dalam bilik ni, bukannya membantu adik lupakan kesedihan, lagi bertambah sedih adalah,” katanya sambil bangun dan turun dari sofa.

“Dah mandi ke belum?” dia bertanya.

“Dah.”

“Ish, dah mandi apanya, comot macam ni?”

Aku hanya mampu tersengih mendengar usikannya.  Masih belum mampu mengukir senyum.

“Cepat tukar baju, jom ikut kakak keluar” Kak Rina memberi arahan.

“Nak pergi mana?” aku bangun dan turun dari katil perlahan-lahan.

 “Kita pergi makan, lepas tu pergi KLIA ambil Abang Aeril.”

 **********

Selepas makan di Restoran Al Rawsha, kami bertolak ke KLIA.  Tidak perlu menunggu lama di KLIA kerana kapal terbang yang membawa Abang Aeril pulang dari Kota Kinabalu telah mendarat.

 Aku berjalan di belakang Abang Aeril dan Kak Rina yang berjalan beriringan.  Hatiku dilanda perasaan cemburu.  Alangkah seronoknya jika aku dapat menikmati kebahagiaan yang mereka kecapi.  Fikiranku melayang, jauh menerawang entah kemana hingga wajah Muaz muncul di depan mata.  Muaz, ketika engkau ucapkan akulah sahabatmua dunia dan akhirat, aku juga berharap engkau akan menjadi kekasihku di dunia dan akhirat.  Tetapi harapanku lebur menjadi debu.  Mengingati Muaz lantas membuat aku sedih semula. 

Dalam lamunanku, aku telah berjalan jauh dan berlawanan arah dari Kak Rina dan Abang Aeril.  Apabila aku tersedar, aku cepat-cepat berpusing dan berjalan laju-laju untuk mencari mereka.  Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu.   Oh, bukan sesuatu, tetapi seorang lelaki!

“Ouch” kata lelaki itu.

Sorry…maaf” tergagap-gagap aku menuturkan maaf.  Bagaimana aku boleh selalai ini hinggakan tidak perasaan ada seorang lelaki bertubuh tegap di hadapanku.  Aku berjalan terus dan melanggar dadanya dengan kuat, hinggakan beg tanganku terjatuh.

“Maaf…maafkan saya”

“Kalau ia pun nak cepat, hati-hatilah sikit” kata lelaki bertopi itu.  Aku mendongak sedikit untuk melihat wajahnya.  Mata kami bertatapan.  Lantas matanya membulat memandangku.  Kemudian dahinya berkerut, mengundang kehairanan di dalam hatiku.

“Encik, sorry ya.  Encik tak apa-apakan?”

Tiada jawapan darinya.  Sebaliknya dia terus-terusan merenung aku.

Panggilan seorang gadis bertudung dari arah belakangku mematikan renungannya.  Dia terus beredar tanpa berkata apa-apa.  Pelik, bisikku dalam hati.  Ah, biarlah, mungkin dia terkejut kerana aku melanggarnya.  Aku tunduk untuk mengutip beg tanganku yang terdampar di atas lantai.  Ketika itu aku ternampak satu cermin mata hitam di atas lantai berdekatan dengan beg tanganku.  Kedua-dua barang tersebut aku ambil.  Aku belek cermin mata hitam itu.  Cepat-cepat aku berpaling, ingin memulangkan cermin mata tersebut kepada lelaki yang ku langgar tadi.  Aku pasti cermin mata hitam itu miliknya.

“Encik,” laungku.  Dia yang berada kira-kira 5 meter di hadapanku terus berjalan seolah-olah tidak mendengar panggilanku.  Aku kuatkan suaraku namun dia tetap terus melangkah, semakin jauh meninggalkan aku.  Apa nak buat ni, fikirku.  Akhirnya aku memutuskan untuk menyimpan sahaja cermin mata itu.

2 comments:

  1. bila nak sambung lagi.. cerita awak besssstt! :)
    memang ada bakat menulissss!!! keep up a good work yeee ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam. Terima kasih kerana sudi membaca. Saya dah buat satu blog khas untuk e-novel ni. Sudilah menjenguk http://isma-adeliya.blogspot.com. Dah upload sampai bab 11.

      Selamat membaca dan sila bagi komen ya. Awak pemangkin semangat saya untuk menulis.

      Delete