Assalam.
Terlalu lama tak bersiaran di blog ini.
Kesian kau blog, terabai ya. Dianaktirikan, sebab sibuk kat blog satu lagi.
Pejam celik, pejam celik dah nak raya.
Sibuk2 mengomel apa nak masak untuk sahur, tau-tau pagi ni dah jadi sahur terakhir untuk Ramadhan tahun ini.
Masa berlalu sangat pantas, tak terkejar dek kita.
Aidil fitri bakal menjelma. Teringat saya minggu lepas saya menonoton rancangan Tanyalah Ustaz. Kata Ustaz (alamak, terlupa nama ustaz tu) yang orang Malaysia sibuk kata raya sebulan tu salah.
Yang sebulan ialah bulan syawal. Tapi Aidil fitri hanya satu hari sahaja iaitu pada 1 Syawal. Kalau ikut sunnah nabi, syawal kedua sudah berpuasa semula selama enam hari.
Saya tertarik dengan kata-kata ustaz tersebut. Bila mengimbas bagaimana orang Malaysia menyambut hari raya, terasa kita sangat berlebihan dalam meraikan hari kemenangan. Sepatutnya hari raya adalah untuk meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan, menggandakan ibadah sepanjang Ramadhan, meningkatkan sumbangan, sedekah dan amal jariah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah.
Tetapi gaya hidup masa kini menjadikan sambutan hari raya jauh menyimpang dari tuntutan agama. Maka jadilah sambutan hari raya kita diiringi pembaziran, buang masa dan mungkin tanpa sedar persaingan kuih raya siapa lebih banyak, baju raya siapa lebih cantik, raya siapa lebih meriah. Nauzubillah.
Sebenarnya tak perlu baju baru untuk sambut raya. Tak perlu tukar langsir baru untuk beraya. Yang perlu ada ialah kesederhanaan. Saya berazam untuk mengaplikasikan kesederhanaan dalam sambutan raya tahun ini.
Sekadar pandangan peribadi saya, anda bagaimana?
Akhir kata, Eid Mubarak. Mohon maaf sekiranya ada coretan yang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan yang membaca.
Untuk yang balik kampung/berjalan jauh untuk menziarah sanak saudara, have safe journeys.
Between A and Z
A story of my life, my opinion, my feelings and my beloved
Wednesday, 7 August 2013
Thursday, 25 April 2013
DEMAM PILIHANRAYA
Uiiiisssshhh, lama betul tak nulis kat blog ni.
Sibuk menulis kat blog satu lagi, http://isma-adeliya.blogspot.com
Kesian kau blog, terabai sekejap.
OK, I'm back, I'm back.
Sekarang ni musim demam kan. Cuaca tak menentu, kejap panas, kejap hujan. Bila panas, teramatlah panas. Bila hujan, teramatlah lebat, siap dengan guruh, petir dan pengakhirannya kadang-kadang banjir.
Maka ramailah yang jatuh sakit. Penyakit yang biasa ialah demam. Sana sini orang demam. Kalau pergi klinik, ramainya yang demam, selsema, batuk, sakit tekak.
Kepada yang demam2 tu, saborlah ya. Allah bagi penyakit sebagai ujian. Allah bagi cuaca tak menentu pun sebagai ujian. Semoga kita semakin dekat denganNya bila diuji.
Tapi ada satu lagi demam yang sedang melanda negara kita. Apa lagi, demam pilihanraya la. Meriah sana sini dengan bendera dan poster parti-parti dan calon-calon yang bertanding. Kat kawasan rumah saya pun meriah. Yang lambang bulan tu siap buat kereta kebal. Pas tu yang lambang dacing pun buat meriam.
Selalu ada ceramah. Saya suka juga pergi dengar ceramah. Bila dengar ceramah kita boleh nilai sendiri isu-isu yang dibangkitkan. Tapi kekangan masa menyebabkan tak berapa berpeluang sangat menghadiri ceramah. Nak jenguk Encik YouTube untuk tonton ceramah yang dah dirakam pun tak sempat.
Kepada yang bakal mengundi, undilah dengan bijak. Undian anda akan menentukan hala tuju negara kita. Kalau susah juga nak buat keputusan, buat solat istikharah, minta petunjuk Yang Maha Esa siapa yang harus disokong.
Selamat mengundi semua!
Kepada

Monday, 8 April 2013
KEBERSIHAN MASJID
Saya sedih dengan tahap kebersihan masjid di Malaysia.
Masjid itu rumah Allah, tempat beribadat bagi orang Islam.
Islam mementingkan kebersihan.
Tetapi kebanyakan masjid di Malaysia, apabila diintai tahap kebersihannya, membuatkan saya tertanya-tanya, apakah kita benar-benar memahami apa yang dituntut oleh Islam.
Perkara yang paling asas ialah menjaga kebersihan. Jaga kebersihan diri, kemudian jaga kebersihan persekitaran. Jaga kebersihan tempat beribadat, agar ibadat dapat dijalankan dengan tenang. Malangnya banyak masjid yang pernah saya lawati, terutamanya yang kecil, tidak dijaga dengan baik.
Bahagian yang paling kotor sudah tentulah tandas. Aduhai, sedih melihatkan tandas masjid tidak diselenggarakan dengan baik.
Teringat masjid di Singapura, masya Allah, sangat bersih.
Juga masjid di Puncak, Bogor, Indonesia. Walaupun masjid itu masjid lama, kebersihannya terjaga. Siap disediakan tempat menyimpan kasut yang ada petugas.
Masjid di Malaysia????
Hmm, berdasarkan pengalaman saya, saya membuat kesimpulan menjaga kebersihan masjid adalah juga satu ibadah.

Friday, 29 March 2013
Gadget Baru
Alhamdulillah
Ada rezeki lebih dapat beli gadget baru. Syukur di atas rezekimu ya ALLAH. Dah penat bekerja keras, nak merasa hasil kerja keras tu. So I decided to give myself a present.
Bought myself a new gadget.
Walla, a new Samsung phone.
Soon terpaksa berpisah dengan en I-phone.
Dah banyak jasa En I-phone, but can't be help, I've fallen in love with En Samsung. Cinta tak boleh dipaksa. Dah lama memendam rindu pada En Samsung.

Thursday, 28 March 2013
TERIMA KASIH
Susahkah nak ucapkan terima kasih?
Saya perasan di zaman sekarang ni, orang dah kurang ucapkan terima kasih. Or perhaps its me who's a bit hyper in my saying of thank you.
Waiter datang ambil order, saya ucapkan terima kasih. Dia blah, datang balik dengan my food, I cakap lagi terima kasih. I minta tissue, dia hantar, I cakap terima kasih. I minta bill, dia hantar, I cakap terima kasih. Dia hantar balance I cakap terima kasih.
It's just my habbit that I must say terima kasih. Dah dididik begitu sejak kecil.
Tapi I notice nowadays people say less terima kasih. I am just wondering is that the behaviour of gen Y? Or are we too occupied with our own self that we forget to thank those who have done something good for us?

Monday, 25 March 2013
CUTI SEKOLAH
Yeaayyy!
Cuti Sekolah dah start!
Hmm, I dont know about other mothers, but I am usually more excited about school holiday than my kids.
Sebab?
Sebab tak payah nak rushing2 siapkan baju sekolah, kasut sekolah. Pas tu jadi mandur check homework. Sekali sekala kena pulak leterkan dia orang suruh cepat siapkan homework, etc, etc, etc.
Satu lagi jalan raya kat KL ni biasanya kurang sesak time cuti sekolah. Pasai apa? Agaknya parents pun ambik cuti, bawak anak balik kampung or jalan-jalan cuti-cuti Malaysia or cuti-cuti overseas.
For my kids, tak payah susah2 balik kampung, rumah opahnya seberang jalan aje.
And their Acu who lives nearby always volunteer to take them out for swimming, movie, jalan-jalan.
Hakeem asked for permission to go to the Curve for outing with his classmates. I tengok muka Hakeem, macam tak confident je nak bagi budak yang bulan 9 ni baru 13 tahun keluar dengan kawan-kawan dia.
I asked "will there be any adult accompanying you?"
Katanya "ada, kawan abang saya."
"How old is he?"
"16"
Huh? A 16 year old boy to take care of few 13-year old kids?
"Sorry Hakeem, you can't go."
Cuti sekolah dah mula hari ni, but I haven't got a plan for the kids.
Tapi yang pentingnya, cuti sekolah dah mula! Yeaaay!

Sunday, 24 March 2013
TERINGAT ZAMAN SUSAH
Tiba-tiba sentimental
Tiba-tiba emo, kata budak-budak zaman sekarang.
Tiba-tiba teringat zaman susah.
Dulu masa kecik-kecik kami susah. Mama dan Abah Mail bercerai masa kami masih anak kecil, tak tau apa lagi masa tu.
Lepas tu Mama kahwin dengan Abah Salam. Lelaki budiman yang Allah utuskan untuk menjadi suami kedua Mama. Dia jaga kami dengan baik, tak pernah dijentik, tak pernah dicubit. Dipukul jauh sekali. Paling kuat pun dileteri sahaja. Leteran untuk kebaikan.
Kesian Mama dan Abah. Membesarkan lima orang anak bukannya mudah. Lepas tu kami dapat adik baru, adik daripada bapa yang berlainan. Tapi kami sayang dia sama, macam kasih sayang sesama kami berlima.
Zaman susah dulu berbelanja tak semewah sekarang. Pakai apa saja yang dibelikan, makan apa saja yang dihidangkan. Tak kenal any particular brand. Nak makan sedap sikit, kena tunggu hujung bulan. Itu pun bukan dapat tiap-tiap bulan.
Bayar yuran sekolah lambat sikit daripada kawan-kawan sekelas. Nasib baiklah kami ni agak pandai, cikgu tak marah, cikgu faham.
Pernah aku menangis bila tak dapat pergi sekolah. Tak dapat pergi kerana Mama dan Abah tak cukup duit untuk tambang bas pergi dan balik sekolah. Bukan banyak, 20 sen pergi dan 20 balik. 20 sen lagi untuk belanja di kantin. Tapi itupun Mama dan Abah tak dapat sediakan. Masa tu kami tinggal di Gombak, bersekolah di Jalan Temerloh. Selalu sangat menangis pagi-pagi buta, akhirnya Mama tak kejutkan aku bila tak ada duit. Sedar-sedar dah siang. Aku nangis lagi. Masa tu aku baru darjah 2 tapi semuda itu aku sudah mengerti betapa pentingnya pendidikan. Pendidikan akan mampu mengubah nasib aku dan nasib keluarga.
Aku sentiasa ingat pesan Mama. Dia kata dia tak ada harta nak tinggalkan untuk anak-anaknya. Dia kata dia juga tak sekolah tinggi untuk bantu kami dalam pelajaran. Dia kata kalau nak senang belajarlah rajin-rajin.
Aku belajar sambil tolong Mama bungkus nasi lemak, potong kuih, tebar roti jala.
Aku pernah kena marah dengan classmate sebab nak share buku sejarah dia. Dia kata tak ada duit ke nak beli sendiri.
Terima kasih Tuhan di atas zaman susah ku dahulu. Zaman susah itu mengajar aku menghargai apa yang aku ada sekarang. Sampai sekarang I don't give a damn about branded item, although I could afford it now. Aku berhemah bila berbelanja. Aku impart the importance of education into my children. I instill in them the need to work hard to achieve success in life.
Alhamdulillah, anak-anakku tidak perlu melalui zaman susah seperti yang pernah aku alami. Tapi aku berharap janganlah kesenangan yang mereka nikmati sekarang menjadikan mereka lupa bahawasanya apa yang kita ada hanyalah pinjaman Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)