Wednesday 7 August 2013

EID MUBARAK

Assalam.

Terlalu lama tak bersiaran di blog ini.

Kesian kau blog, terabai ya.  Dianaktirikan, sebab sibuk kat blog satu lagi.

Pejam celik, pejam celik dah nak raya.
Sibuk2 mengomel apa nak masak untuk sahur, tau-tau pagi ni dah jadi sahur terakhir untuk Ramadhan tahun ini.
Masa berlalu sangat pantas, tak terkejar dek kita.

Aidil fitri bakal menjelma.  Teringat saya minggu lepas saya menonoton rancangan Tanyalah Ustaz.  Kata Ustaz (alamak, terlupa nama ustaz tu) yang orang Malaysia sibuk kata raya sebulan tu salah.
Yang sebulan ialah bulan syawal.  Tapi Aidil fitri hanya satu hari sahaja iaitu pada 1 Syawal.  Kalau ikut sunnah nabi, syawal kedua sudah berpuasa semula selama enam hari.

Saya tertarik dengan kata-kata ustaz tersebut.  Bila mengimbas bagaimana orang Malaysia menyambut hari raya, terasa kita sangat berlebihan dalam meraikan hari kemenangan.  Sepatutnya hari raya adalah untuk meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan, menggandakan ibadah sepanjang Ramadhan, meningkatkan sumbangan, sedekah dan amal jariah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah.

Tetapi gaya hidup masa kini menjadikan sambutan hari raya jauh menyimpang dari tuntutan agama.  Maka jadilah sambutan hari raya kita diiringi pembaziran, buang masa dan mungkin tanpa sedar persaingan kuih raya siapa lebih banyak, baju raya siapa lebih cantik, raya siapa lebih meriah.  Nauzubillah.

Sebenarnya tak perlu baju baru untuk sambut raya.  Tak perlu tukar langsir baru untuk beraya.  Yang perlu ada ialah kesederhanaan.  Saya berazam untuk mengaplikasikan kesederhanaan dalam sambutan raya tahun ini. 

Sekadar pandangan peribadi saya, anda bagaimana?

Akhir kata, Eid Mubarak.  Mohon maaf sekiranya ada coretan yang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan yang membaca.

Untuk yang balik kampung/berjalan jauh untuk menziarah sanak saudara, have safe journeys.

Thursday 25 April 2013

DEMAM PILIHANRAYA

Uiiiisssshhh, lama betul tak nulis kat blog ni.

Sibuk menulis kat blog satu lagi, http://isma-adeliya.blogspot.com

Kesian kau blog, terabai sekejap.

OK, I'm back, I'm back.


Sekarang ni musim demam kan.  Cuaca tak menentu, kejap panas, kejap hujan.  Bila panas, teramatlah panas.  Bila hujan, teramatlah lebat, siap dengan guruh, petir dan pengakhirannya kadang-kadang banjir.

Maka ramailah yang jatuh sakit.  Penyakit yang biasa ialah demam.  Sana sini orang demam.  Kalau pergi klinik, ramainya yang demam, selsema, batuk, sakit tekak. 

Kepada yang demam2 tu, saborlah ya.  Allah bagi penyakit sebagai ujian.  Allah bagi cuaca tak menentu pun sebagai ujian.  Semoga kita semakin dekat denganNya bila diuji.

Tapi ada satu lagi demam yang sedang melanda negara kita.  Apa lagi, demam pilihanraya la.  Meriah sana sini dengan bendera dan poster parti-parti dan calon-calon yang bertanding.  Kat kawasan rumah saya pun meriah.  Yang lambang bulan tu siap buat kereta kebal.  Pas tu yang lambang dacing pun buat meriam.

Selalu ada ceramah.  Saya suka juga pergi dengar ceramah.  Bila dengar ceramah kita boleh nilai sendiri isu-isu yang dibangkitkan.  Tapi kekangan masa menyebabkan tak berapa berpeluang sangat menghadiri ceramah.  Nak jenguk Encik YouTube untuk tonton ceramah yang dah dirakam pun tak sempat.

Kepada yang bakal mengundi, undilah dengan bijak.  Undian anda akan menentukan hala tuju negara kita.  Kalau susah juga nak buat keputusan, buat solat istikharah, minta petunjuk Yang Maha Esa siapa yang harus disokong.

Selamat mengundi semua!


Kepada

Monday 8 April 2013

KEBERSIHAN MASJID

Saya sedih dengan tahap kebersihan masjid di Malaysia.

Masjid itu rumah Allah, tempat beribadat bagi orang Islam.
Islam mementingkan kebersihan.
Tetapi kebanyakan masjid di Malaysia, apabila diintai tahap kebersihannya, membuatkan saya tertanya-tanya, apakah kita benar-benar memahami apa yang dituntut oleh Islam.

Perkara yang paling asas ialah menjaga kebersihan.  Jaga kebersihan diri, kemudian jaga kebersihan persekitaran.  Jaga kebersihan tempat beribadat, agar ibadat dapat dijalankan dengan tenang.  Malangnya banyak masjid yang pernah saya lawati, terutamanya yang kecil, tidak dijaga dengan baik.

Bahagian yang paling kotor sudah tentulah tandas.  Aduhai, sedih melihatkan tandas masjid tidak diselenggarakan dengan baik. 

Teringat masjid di Singapura, masya Allah, sangat bersih.

Juga masjid di Puncak, Bogor, Indonesia.  Walaupun masjid itu masjid lama, kebersihannya terjaga.  Siap disediakan tempat menyimpan kasut yang ada petugas.

Masjid di Malaysia????

Hmm, berdasarkan pengalaman saya, saya membuat kesimpulan menjaga kebersihan masjid adalah juga satu ibadah.

Friday 29 March 2013

Gadget Baru

Alhamdulillah

Ada rezeki lebih dapat beli gadget baru.  Syukur di atas rezekimu ya ALLAH. Dah penat bekerja keras, nak merasa hasil kerja keras tu.  So I decided to give myself a present.

Bought myself a new gadget.

Walla, a new Samsung phone.

Soon terpaksa berpisah dengan en I-phone.

Dah banyak jasa En I-phone, but can't be help, I've fallen in love with En Samsung.  Cinta tak boleh dipaksa.  Dah lama memendam rindu pada En Samsung.


Thursday 28 March 2013

TERIMA KASIH

Susahkah nak ucapkan terima kasih?

Saya perasan di zaman sekarang ni, orang dah kurang ucapkan terima kasih.  Or perhaps its me who's a bit hyper in my saying of thank you.

Waiter datang ambil order, saya ucapkan terima kasih.  Dia blah, datang balik dengan my food, I cakap lagi terima kasih.  I minta tissue, dia hantar, I cakap terima kasih.  I minta bill, dia hantar, I cakap terima kasih.  Dia hantar balance I cakap terima kasih.

It's just my habbit that I must say terima kasih. Dah dididik begitu sejak kecil. 

Tapi I notice nowadays people say less terima kasih.  I am just wondering is that the behaviour of gen Y?  Or are we too occupied with our own self that we forget to thank those who have done something good for us?

Monday 25 March 2013

CUTI SEKOLAH

Yeaayyy!

Cuti Sekolah dah start!

Hmm, I dont know about other mothers, but I am usually more excited about school holiday than my kids.

Sebab?

Sebab tak payah nak rushing2 siapkan baju sekolah, kasut sekolah.  Pas tu jadi mandur check homework.  Sekali sekala kena pulak leterkan dia orang suruh cepat siapkan homework, etc, etc, etc.

Satu lagi jalan raya kat KL ni biasanya kurang sesak time cuti sekolah.  Pasai apa?  Agaknya parents pun ambik cuti, bawak anak balik kampung or jalan-jalan cuti-cuti Malaysia or cuti-cuti overseas.

For my kids, tak payah susah2 balik kampung, rumah opahnya seberang jalan aje.

And their Acu who lives nearby always volunteer to take them out for swimming, movie, jalan-jalan.

Hakeem asked for permission to go to the Curve for outing with his classmates.  I tengok muka Hakeem, macam tak confident je nak bagi budak yang bulan 9 ni baru 13 tahun keluar dengan kawan-kawan dia. 

I asked "will there be any adult accompanying you?"

Katanya "ada, kawan abang saya."

"How old is he?"

"16"

Huh?  A 16 year old boy to take care of few 13-year old kids?

"Sorry Hakeem, you can't go."

Cuti sekolah dah mula hari ni, but I haven't got a plan for the kids.

Tapi yang pentingnya, cuti sekolah dah mula!  Yeaaay!


Sunday 24 March 2013

TERINGAT ZAMAN SUSAH

Tiba-tiba sentimental

Tiba-tiba emo, kata budak-budak zaman sekarang.

Tiba-tiba teringat zaman susah.

Dulu masa kecik-kecik kami susah.  Mama dan Abah Mail bercerai masa kami masih anak kecil, tak tau apa lagi masa tu.

Lepas tu Mama kahwin dengan Abah Salam.  Lelaki budiman yang Allah utuskan untuk menjadi suami kedua Mama.  Dia jaga kami dengan baik, tak pernah dijentik, tak pernah dicubit.  Dipukul jauh sekali.  Paling kuat pun dileteri sahaja.  Leteran untuk kebaikan.

Kesian Mama dan Abah.  Membesarkan lima orang anak bukannya mudah.  Lepas tu kami dapat adik baru, adik daripada bapa yang berlainan.  Tapi kami sayang dia sama, macam kasih sayang sesama kami berlima. 

Zaman susah dulu berbelanja tak semewah sekarang.  Pakai apa saja yang dibelikan, makan apa saja yang dihidangkan.  Tak kenal any particular brand.  Nak makan sedap sikit, kena tunggu hujung bulan.  Itu pun bukan dapat tiap-tiap bulan.

Bayar yuran sekolah lambat sikit daripada kawan-kawan sekelas.  Nasib baiklah kami ni agak pandai, cikgu tak marah, cikgu faham.

Pernah aku menangis bila tak dapat pergi sekolah.  Tak dapat pergi kerana Mama dan Abah tak cukup duit untuk tambang bas pergi dan balik sekolah.  Bukan banyak, 20 sen pergi dan 20 balik.  20 sen lagi untuk belanja di kantin.  Tapi itupun Mama dan Abah tak dapat sediakan.  Masa tu kami tinggal di Gombak, bersekolah di Jalan Temerloh.  Selalu sangat menangis pagi-pagi buta, akhirnya Mama tak kejutkan aku bila tak ada duit.  Sedar-sedar dah siang.  Aku nangis lagi.  Masa tu aku baru darjah 2 tapi semuda itu aku sudah mengerti betapa pentingnya pendidikan.  Pendidikan akan  mampu mengubah nasib aku dan nasib keluarga.

Aku sentiasa ingat pesan Mama.  Dia kata dia tak ada harta nak tinggalkan untuk anak-anaknya.  Dia kata dia juga tak sekolah tinggi untuk bantu kami dalam pelajaran.  Dia kata kalau nak senang belajarlah rajin-rajin.

Aku belajar sambil tolong Mama bungkus nasi lemak, potong kuih, tebar roti jala. 

Aku pernah kena marah dengan classmate sebab nak share buku sejarah dia.  Dia kata tak ada duit ke nak beli sendiri.

Terima kasih Tuhan di atas zaman susah ku dahulu.  Zaman susah itu mengajar aku menghargai apa yang aku ada sekarang.  Sampai sekarang I don't give a damn about branded item, although I could afford it now.  Aku berhemah bila berbelanja.  Aku impart the importance of education into my children.  I instill in them the need to work hard to achieve success in life.

Alhamdulillah, anak-anakku tidak perlu melalui zaman susah seperti yang pernah aku alami.  Tapi aku berharap janganlah kesenangan yang mereka nikmati sekarang menjadikan mereka lupa bahawasanya apa yang kita ada hanyalah pinjaman Allah.




Wednesday 13 March 2013

MENAWAN PUNCAK BROGA

Sesuatu yang dah lama Kak Yang tak buat, dan teringin sangat2 nak buat ialah panjat bukit.  Dulu masa study kat UITM, terror I panjat2 bukit ni.  Gunung Ledang 3 kali ku daki.  Bukit Gasing kat PJ tu, banyak kali den naik.

Tapi tu cerita dulu2.  Cerita time badan I slim-melim.  Berat masa tu tak sampai 50 kg, sekarang terlebih dpd 70 kg.  Umur pun masa tu tengah muda remaja, sekarang dah tua bangka.  But when you are young at heart, age is just figures to you, right?

So bersama dengan ipar duaiku yang sihat2, tegap2, debab2, disertai dengan anak2 yang so much fitter than their parents, we set out early in the morning.  Oops, not so early actually.  Konon nak keluar rumah pukul 6.30, pukul 7 baru bergerak.

Kami tidur di rumah Alang di Tasek Kesuma, so tak sampai 15 minit kami dah sampai ke ladang kelapa sawit di kaki bukit Broga.  Terkezut den, dah banyak kereta parked seawal pagi tu.  We thought we were early, but there were many people earlier than us!  Cer tengok kat bawah ni, dah banyak kereta.  I estimated about 150 to 200 cars already parked when we arrive.





Kami kena bayar RM2 untuk satu kereta.  Oklah, tak mahal.  Melihatkan banyak kenderaan telah terparkir, maka bertambahlah keterujaan Puan Mek Yang yang dah lama tak memanjat bukit ni.  Serious, the number of cars parked there when we arrived gave us the impression that the climbing would be an easy task, or else why would many people go there, kan?

Sudah keluar dari kereta, bersemangatlah kami berjalan ke arah tempat pendakian.  Ramainya orang yang turut hendak mendaki.  The weather was fine and the atmosphere was full of joy.  Bukan main seronok lagi kami mendaki.


 

Mula-mula seronok, lama-lama pendakian menjadi bertambah sukar.  Ada laluan yang curam, ada juga yang sangat curam.  Ada bahagian yang laluannya licin, tanah kering berdebu dan di sesetengah tempat ada steps yang telah terbentuk. 

Anak-anak kami bukan main laju mendaki, bersama Acu Ina yang so much fitter compared to the rest of us.  Maka ibu-ibu bapak-bapak tertinggal di belakang.  Tengok gambar di bawah ni, curam kan?  Tapi ramai juga orang yang mendaki.  Just looking at the slope made me terrified!  Guess, did I manage to climb that slope?


 
 

No, I decided not to proceed.  I was tired and the main reason not to proceed was I was not confident I would be able to do it easily.  Lutut pun dah meroyan.  Kaki dah bergegar-gegar.  Yang lebih merisaukan macam mana nak turun nanti.

From where I was standing I could see some people just sat on the ground and slided down masa turun, terlalu steep and licin pulak tu.

Maka, me and Ida decided to lepak dan tunggu anak-anak kami turun. 




Although the view was not as breathtaking as at the peak, kami tetap ambik gambar.  Ni bukti kami berjaya mendaki Bukit Broga, walaupun tak berjaya menawan puncaknya.  Kami juga berazam nak datang lagi, dan panjat sampai ke puncak.  Tapi kena fitkan badan dulu, pergi jogging, hit the treadmill, dan kuruskan sikit badan.

InsyaAllah, satu hari puncak Broga akan dapat ku tawan!




Monday 4 March 2013

JAHATNYA DIA, JAHAT GILERRR!

Bagaimana kita melabel "kejahatan"?

Bagaimana kita melabel seseorang itu "orang yang jahat"?

Biasanya orang yang buat kesalahan jenayah kita panggil orang jahat.  Sesuai lah tu gelaran orang jahat tu kan.  Dah kalau merompak, meragut, bunuh orang, perkosa orang dan lain-lain yang sewaktu dengannya, tak jahat namanya tu?

Sama juga dengan orang yang menipu.  Tipu sana, tipu sini.  Buat cerita tak betul, fiksyennya hebat mengalahkan novelis.  Fitnahkan orang, melaga-lagakan orang.  Tak jahat ke tu?

Tapi macam mana kalau benda yang dibuat tu bunyinya macam tak sejahat kes-kes jenayah, atau kes-kes menipu?  Juga kalau perbuatannya itu di dalam lingkungan keluarganya atau orang terdekat sahaja, boleh tak kita labelkan sebagai jahat?

Contoh:  suami yang mendera isteri dengan penderaan fizikal, senang-senang kita boleh labelkan sebagai jahat.  Tapi macam mana pula suami yang mendera dari segi emosi?  Tak ambil berat keperluan anak dan isteri, not there when needed, or take the wife and children for granted, boleh tak kita kata dia jahat?

Satu lagi contoh:  Pekerja yang terang-terang tidak amanah, songlap duit company, boleh kot kita labelkan sebagai jahat.  Tapi macam mana yang nak macam pekerja mithali, harapan syarikat.  Tapi dalam kecekapannya membuat kerja perkara-perkara yang melanggar etika yang dibuatnya, kerana menurut perintah bos.  Boleh tak kita kata dia jahat?

Macam mana pulak orang yang buat sesuatu yang kita tidak suka.  Benda yang dibuat tu tak besar mana kesalahannya, tapi memang tak berkenan di mata dan hati kita, boleh tak kita gelarkan orang tu jahat?

Kata Dinie "ibu, dia tu jahat gilerrr.  Dia kata Dinie tak ada ibu"  sambil nangis-nangis.

Definition jahat kanak-kanak dengan definition jahat orang dewasa pun tak sama, kan?

Thursday 28 February 2013

RINDU

Adoyaiiii rindunyerrrr.

Rindu nak menulis kat blog ni.

Rindu nak menulis cerpen baru.

Rindu nak sambung tulis novel.

MasyaAllah masa.

Where are you? 

Ideas are there in the mind but I am so short of time to transfer them out.

Busy playing with words and heavy workload.

I know this is just interim.

But I just miss the time when my fingers are dancing verociously on the keyboard.

Cepatlah habis projek ni.

Saturday 16 February 2013

SAAT KAU LAFAZKAN BAB 3

I am home - finally home after 6 days of vacation.  Alhamdulillah seronoknya berlibur di negeri seberang yang serumpun penduduknya.  Went to Jakarta, then Bandung, Bogor and back to Jakarta.  Akan ku coretkan kisah sightseeing, makan, shopping, ronda-ronda at these 3 places later.

In the meantime, dihidangkan kisah Izureen, Muaz dan Naim Bab 3.  Bab 3 ialah bab Izureen.  E-novel ini ditulis dari dua perspektif - bab ganjil ialah perspektif Izureen manakala bab genap ialah perspektif Naim.  Diharap sesiapa yang sudi membaca sudi juga memberi komen so that I know where my weaknesses are.


Bab 3 - Izureen
 
Kesedihan dan kekecewaan yang melanda terus membelenggu hidupku.  Seminggu aku tidak pergi bekerja.  Mama bising.  Katanya dia malu dengan kakitangannya.  Manakan tidak, anaknya sendiri yang baru empat bulan dibawa masuk ke syarikatnya sudah pandai buat perangai ponteng kerja.
 
Alangkah bagusnya kalau Mama faham apa yang sedang aku alami.  Tetapi, seperti biasa Mama memang tidak pernah memahami aku.  Semenjak papa meninggal Mama tidak lagi punya masa untuk aku dan Abang Iz.  Mama mengambil alih pengurusan syarikat katering yang papa asaskan.  Masanya dihabiskan di pejabat, mama jarang ada di rumah untuk memahami jiwa remajaku yang kesepian dan dahagakan kasih sayang.  Sudahlah papa pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, Abang Iz pula jauh di Ireland, menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan. 

Kemunculan Muaz dalam hidupku tepat pada masanya.  Dia datang menghulurkan persahabatan ketika aku sepi, rindu, sedih dan dahagakan kasih sayang.  Maka salahkah kalau aku jatuh cinta padanya?  Tapi kini semuanya sudah tidak bermakna lagi.  Muaz yang aku cintai rupa-rupanya hanya menyayangi aku sebagai seorang sahabat.  Hatinya kini miliki oleh orang lain.

Loceng pintu berbunyi.  Tombol pintu dipulas dan satu wajah yang aku rindui menjenguk ke arahku.

“Kakak” laungku.

Kak Izarina meluru ke arahku.  Kami berpelukan di atas sofa dan dalam dakapannya air mataku luruh.  Aku menangis teresak-esak sambil kak Rina mengurut belakangku, cuba menenangkan aku.  Izarina adalah satu-satunya kakakku.  Anak tiri Mama yang pertama kali kami jumpa pada hari papa kemalangan.  Papa meninggal di hospital tetapi emak Izarina meninggal di tempat kejadian.  Sejak itu kak Rina tinggal bersama kami walaupun Mama tidak menyukainya.  Mungkin kerana kekecewaan yang timbul apabila mengetahui dirinya dimadukan membuatkan Mama tidak menyukai kak Rina.  Namun nasib menyebelahi Kak Rina. Beberapa bulan selepas kematian papa, kak Rina melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Sebaik pulang dari pengajiannya, kak Rina menetap di rumah peninggalan emaknya.

 “Sabarlah Adik, pastinya ada hikmah di sebalik semua ini” kata kak Rina bila esakanku berkurangan.

 “Adik bodohkan kakak?  Adik salah mentafsir perasaan Muaz….” dan esakanku berlagu lagi.

“Adik tak bodoh.  Adik cuma keliru.  Janganlah bersedih.  Ini semua dugaan hidup.  Apa yang adik alami sekarang akan menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk adik meneruskan hidup”, kak Rina memujuk.

“Hati adik pedih kak, sakit sangat bila mengenangkan Muaz.  Kenapa dia tak faham perasaan adik terhadapnya selama ini.  Kalau adik tau akan jadi macam ni, I would have declared my feelings towards him”.

“Cinta tak boleh dipaksa dik.  Even if you had told him, he may not have the same feeling”.

Aku diam, membenarkan apa yang kakak ucapkan.  Betul cinta tidak boleh dipaksa.  Hari ini aku juga faham mencintai tidak sama dengan dicintai.

Life has to go on dik.  Jangan kerana cinta hidup kita terkandas.  Adik pun tau kan, kakak putus cinta tiga kali sebelum jumpa dengan Abang Aeril.  Alhamdulillah, percintaan dengan Abang Aeril berjalan lancar.  Kakak tetap positif walaupun pernah kandas dalam percintaan.  Percayalah, kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, itu maknanya Allah has something better for us”.

Aku melepaskan pautan tangan pada badan kak Rina.  Memandang wajahnya yang tenang.  Memang kak Rina seorang yang tabah.  Aku masih ingat dia langsung tidak menangis ketika jenazah papa dan emaknya diuruskan.  Dia tidak pernah marahkan Mama walaupun Mama tidak melayannya dengan baik.  Dia tidak pernah mengeluh dengan takdir hidupnya, malahan sentiasa positif terhadap apa juga terjadi kepadanya.

“Terima kasih kakak, for lending your shoulder and listening to my nonsense”.

Kak Rina gelak dengan kata-kataku. 

That’s not nonsense.  Come, we need to do something to cheer you up.  Duduk terperuk dalam bilik ni, bukannya membantu adik lupakan kesedihan, lagi bertambah sedih adalah,” katanya sambil bangun dan turun dari sofa.

“Dah mandi ke belum?” dia bertanya.

“Dah.”

“Ish, dah mandi apanya, comot macam ni?”

Aku hanya mampu tersengih mendengar usikannya.  Masih belum mampu mengukir senyum.

“Cepat tukar baju, jom ikut kakak keluar” Kak Rina memberi arahan.

“Nak pergi mana?” aku bangun dan turun dari katil perlahan-lahan.

 “Kita pergi makan, lepas tu pergi KLIA ambil Abang Aeril.”

 **********

Selepas makan di Restoran Al Rawsha, kami bertolak ke KLIA.  Tidak perlu menunggu lama di KLIA kerana kapal terbang yang membawa Abang Aeril pulang dari Kota Kinabalu telah mendarat.

 Aku berjalan di belakang Abang Aeril dan Kak Rina yang berjalan beriringan.  Hatiku dilanda perasaan cemburu.  Alangkah seronoknya jika aku dapat menikmati kebahagiaan yang mereka kecapi.  Fikiranku melayang, jauh menerawang entah kemana hingga wajah Muaz muncul di depan mata.  Muaz, ketika engkau ucapkan akulah sahabatmua dunia dan akhirat, aku juga berharap engkau akan menjadi kekasihku di dunia dan akhirat.  Tetapi harapanku lebur menjadi debu.  Mengingati Muaz lantas membuat aku sedih semula. 

Dalam lamunanku, aku telah berjalan jauh dan berlawanan arah dari Kak Rina dan Abang Aeril.  Apabila aku tersedar, aku cepat-cepat berpusing dan berjalan laju-laju untuk mencari mereka.  Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu.   Oh, bukan sesuatu, tetapi seorang lelaki!

“Ouch” kata lelaki itu.

Sorry…maaf” tergagap-gagap aku menuturkan maaf.  Bagaimana aku boleh selalai ini hinggakan tidak perasaan ada seorang lelaki bertubuh tegap di hadapanku.  Aku berjalan terus dan melanggar dadanya dengan kuat, hinggakan beg tanganku terjatuh.

“Maaf…maafkan saya”

“Kalau ia pun nak cepat, hati-hatilah sikit” kata lelaki bertopi itu.  Aku mendongak sedikit untuk melihat wajahnya.  Mata kami bertatapan.  Lantas matanya membulat memandangku.  Kemudian dahinya berkerut, mengundang kehairanan di dalam hatiku.

“Encik, sorry ya.  Encik tak apa-apakan?”

Tiada jawapan darinya.  Sebaliknya dia terus-terusan merenung aku.

Panggilan seorang gadis bertudung dari arah belakangku mematikan renungannya.  Dia terus beredar tanpa berkata apa-apa.  Pelik, bisikku dalam hati.  Ah, biarlah, mungkin dia terkejut kerana aku melanggarnya.  Aku tunduk untuk mengutip beg tanganku yang terdampar di atas lantai.  Ketika itu aku ternampak satu cermin mata hitam di atas lantai berdekatan dengan beg tanganku.  Kedua-dua barang tersebut aku ambil.  Aku belek cermin mata hitam itu.  Cepat-cepat aku berpaling, ingin memulangkan cermin mata tersebut kepada lelaki yang ku langgar tadi.  Aku pasti cermin mata hitam itu miliknya.

“Encik,” laungku.  Dia yang berada kira-kira 5 meter di hadapanku terus berjalan seolah-olah tidak mendengar panggilanku.  Aku kuatkan suaraku namun dia tetap terus melangkah, semakin jauh meninggalkan aku.  Apa nak buat ni, fikirku.  Akhirnya aku memutuskan untuk menyimpan sahaja cermin mata itu.

Sunday 10 February 2013

SAAT KAU LAFAZKAN Bab 2



Bab 2 - Naim Zakaria

“Alhamdulillah” aku tuturkan dalam hati seraya tanganku meraup wajah, mengaminkan doa yang dilafazkan oleh imam Razak.  Malam ini kami membuat kenduri kesyukuran sempena kejayaan menyiapkan tiga biji chalet di atas tanah peninggalan arwah atuk.  Tanah di tepi sungai yang memang sangat sesuai dijadikan resort.  Sudah hampir lapan bulan aku mengusahakan projek ini.  Bermula daripada penyediaan kertas kerja untuk mendapatkan pinjaman bank sehinggalah kepada hiasan dalaman, semuanya aku lakukan sendiri.  Alhamdulillah dalam tempoh ini aku sudah berjaya membina sebiji rumah tiga bilik dan tiga biji chalet, satu daripadanya di peringkat akhir pembinaan.  Rumah itu sudah pun siap bulan lepas dan aku jadikan tempat penginapan ala homestay.  Rasanya dalam seminggu dua lagi, setelah hiasan dalaman dan kelengkapan perabot disiapkan, tiga biji chalet tersebut juga sudah boleh disewakan.

“Jemput makan semua”, kata Ayin, adik iparku kepada semua jemaah surau yang datang sama-sama membaca surah Yasin dan bertahlil sebentar tadi.  Abah turut sama membantu Ayin mempersilakan tetamu menjamu selera. Kami hanya membuat kenduri kesyukuran dan tahlil untuk arwah atuk secara kecil-kecilan.  Sebetulnya aku terpaksa berjimat kerana banyak modal yang telah dikeluarkan untuk projek resort ini.  Hasilnya pula belum dituai.  Setakat ini baru dua kali rumah tiga bilik itu disewa. 

“Letih Naim?” tanya emak semasa aku bersandar di dinding serambi rumah.

“Sikit je mak” jawabku. 

“Kalau ada orang rumah kan senang Along, boleh minta picit” Ayin menyampuk sambil tersengih.  Tangannya ligat melipat seperah pengalas meja tempat makan Jemaah surau yang telah beredar.

“Betul tu Along.  Orang dah ada dua anak, teringin sangat nak makan nasi minyak Along” sampuk pula si Elida, adikku. 

“Ish, kamu ni Ida, Ayin, tak ada benda lain ke nak disebut?” emak membela aku.  Matanya merenung aku dalam-dalam, bagaikan mengerti perasaan yang terbuku di hati.

Bukannya aku tidak mahu berkahwin.  Mendirikan rumah tangga itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w.  Cuma aku belum bertemu dengan seorang wanita yang mampu menyembuhkan luka di hatiku.  Seorang yang dapat membuatkan aku melupakan sejarah hitam percintaanku sebelum ini.  Selepas Ratna memutuskan pertunangan kami yang baru seminggu termeterai, aku serik untuk bercinta lagi.  Tiga tahun menyulam cinta dengan Ratna, akhirnya impian untuk sehidup semati dengannya punah.  Ratna, satu-satunya perempuan yang berjaya membuatkan aku bagaikan makan tidak kenyang, mandi tidak basah dan tidur tidak lena.  Siang terbayang-bayangkannya, malam termimpi-mimpi pula.  Kekecewaan yang dicetusnya meninggalkan kesan yang teramat dalam.  Lantas aku bertekad untuk tidak bercinta lagi.  Aku mahu terus berkahwin bila berjumpa dengan seseorang yang mampu mencairkan hatiku.

Namun belum ada seorang perempuan yang mampu mengocak tangkai hatiku.   Puas orang tuaku, terutamanya emak, mencarikan pasangan. Tetapi kini setelah tiga tahun, emak seakan-akan telah berhenti berharap.  Tidak ada lagi gadis yang cuba dipadankan dengan aku.

Sejak kebelakangan ini, melihat kebahagiaan Elida bersama suami dan anak-anaknya, juga melihat rakan-rakan lain yang sudah berkeluarga, terdetik keinginan untuk mendirikan masjid.  Juga leteran dan nasihat dari Fina, adikku yang kini belajar di Australia semakin menyedarkan aku.  Aku sedar dari segi hukum, sudah jatuh wajib ke atasku bernikah.  Kata-kata semangat dari Fina menyedarkan aku bahawa aku tidak boleh lemah dengan kegagalan hubunganku dengan Ratna.  Maka, kebelakangan ini, dalam doaku aku titipkan permintaan agar dipertemukan dengan jodohku segera.  Semoga Allah memperkenankan permintaanku.

Aku bangun dan turun dari serambi.  Niatku ingin ke belakang rumah.  Malas aku melayan usikan Ayin dan Elida.  Tiba-tiba Lokman dan Hafiz, anak Elida yang masing-masing berusia empat dan dua tahun berlari ke arahku.

“Pak Long, kita jumpa ni kat rumah homestay” kata Lokman sambil menyerahkan satu cekak rambut kepadaku.

“Abang, bagilah kita, kita nak,” Hafiz cuba merebut cekak rambut tersebut daripada tangan abangnya.

“Tak bolehlah, bukan kita punya.  Kan mama marah kalau ambil barang orang,” jawab Lokman seraya berlari mengelilingiku, cuba mengelak daripada adiknya. 

“Betul tu Hafiz, ni orang punya” kataku sambil mengambil cekak itu. 

“Lagipun Hafiz boy, benda ni girl punya, mana boleh pakai” aku memujuk.

“Ha ha, Hafiz pondan! Nak pakai cekak” Lokman menyakat adiknya lantas berlari meninggalkan aku.  Hafiz mengejar abangnya, tak puas hati digelar pondan.

Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka.  Cekak rambut berwarna ungu dengan corak polka dot putih dan dihiasi batu berkilauan itu aku bawa bersama ke rumah homestay.  Malam ini Elida sekeluarga akan bermalam di situ.  Sampai di rumah itu yang jaraknya kira-kira seratus meter dari rumahku, terus aku simpan cekak rambut itu di dalam kotak barang yang aku khaskan untuk barang-barang tetamu homestay.  Setakat ini hanya cekak itulah sahaja barang yang dicicirkan oleh tetamu yang pernah menduduki homestay ini.  Tiba-tiba ingatanku kembali kepada pemilik cekak itu.

Dia datang kira-kira dua minggu lepas.  Orangnya muda, mungkin dalam lingkungan usia 24 atau 25 tahun.  Cantik orangnya.  Rambutnya panjang hampir mencecah pinggang.  Kulitnya cerah.  Bibirnya nipis.  Bulu matanya tidak terlalu lentik tetapi keningnya tebal.  Namun kecantikannya tenggelam dek wajahnya yang suram. 

Ketika dia sampai, aku tiada di rumah.  Emak yang menguruskan pendaftaran masuknya ke rumah homestay.  Kata emak wajahnya seperti orang dalam kedukaan.  Dia tidak banyak bercakap, tidak senyum dan tidak mesra.  Aku jumpa dia keesokan harinya ketika dia hendak mendaftar keluar. 

“Encik, saya nak check out” satu suara yang bernada sayu menyapa telingaku ketika aku sedang melayari internet di kaunter pendaftaran.  Aku ingin meninjau bagaimana perniagaan homestay yang wujud di negara ini memasarkan homestay mereka di internet.

Pandanganku berkalih ke arahnya.  Kelihatan wajahnya sembab dan matanya bengkak dan merah.  Dia tidak memandang aku walaupun tangannya menghulurkan kunci rumah homestay kepadaku.  Dan sebaik sahaja aku mencapai kunci di tangannya, dia terus berlalu.

“Cik, bayaran semalam ada bakinya” laungku.

Dia berpaling dan matanya yang sendu itu bertembung dengan mataku.  Riak suram di wajahnya jelas kelihatan, mengundang persoalan di hatiku.  Siapa dia?  Apa yang telah terjadi kepadanya?  Adakah dia telah menangis semalaman? 

“Cik,” kataku lagi.  Dia hanya membatu.  Aku berjalan ke arahnya bersama tiga keping not sepuluh ringgit. 

“Simpan ajelah duit tu”, dan dia melangkah pergi.  Launganku tidak dihiraukan.

Duit baki sebanyak tiga puluh ringgit dan cekak yang emak jumpa ketika mengemas rumah homestay aku simpan.  Mungkin satu hari nanti, jika dia kembali menginap di sini, akan aku pulangkan kepadanya.

Thursday 7 February 2013

SAAT KAU LAFAZKAN

Assalam.

Mulai hari ini saya akan masukkan dalam blog manuskrip pertama saya.  Tajuknya SAAT KAU LAFAZKAN.  Kalau ada rezeki, boleh jadi novel satu hari nanti.  Namun kalau sebaliknya yang ditentukan oleh Allah swt, maka ia akan jadi e-novel di blog BETWEEN A AND Z. 

Terfikir pula sesuai ke guna BETWEEN A AND Z untuk blog ni?  Or should I change the name?  I will figure that out later.

In the meantime, here's Bab 1 SAAT KAU LAFAZKAN.  Harap-harap dapat komen positif dan membina daripada yang sudi singgah dan baca.

Terima kasih.


SAAT KAU LAFAZKAN
 
Bab 1 - Izureen

Semalam baru aku tahu betapa sakitnya bila cinta tidak dibalas.  Aku sangka dia betul-betul sayangkan aku.  Aku fikir dia cintakan aku.  Aku yakin dalam hatinya hanya ada aku.  Bukan salah aku untuk beranggapan begitu.  Sudah tujuh tahun aku kenali dia.  Daripada tahun pertama di universiti. hinggalah hari ini, di mana kami sudah tiga tahun melangkah ke alam pekerjaan. 


Kami sebaya.  Sama-sama belajar di UM dalam jurusan perakaunan.  Dia yang menegur aku dahulu selepas seminggu kuliah semester pertama bermula.  Kami disuruh pensyarah mencari pasangan untuk menyiapkan tugasan.  Aku yang memang sejak azali agak pemalu hanya melihat sahaja rakan-rakan sekuliah sibuk bertanya sesama sendiri.

 
“Izureen”, panggilnya yang duduk di belakang aku dalam dewan kuliah.  Entah dari mana dia tahu nama aku.  Bila aku berpaling, dia tersengih.

“Kau dah ada partner?” 
“Belum”
“Kita partner berdua nak?”

 
Sejak itu kami macam belangkas.  Ke mana sahaja berdua.  Kalau ada aktiviti yang melibatkan kumpulan, kami berdua akan masuk kumpulan yang sama. 

 
Dia seorang sahabat yang baik.  Sentiasa ada bila aku memerlukannya.  Dan aku percaya aku juga seorang kawan yang baik untuknya.  Kalau tidak takkanlah kami kekal bersahabat sehingga sekarang.  Keluarga aku kenal dia dan keluarga dia pun kenal aku. 

 
Bila balik kampus selepas menghabiskan cuti semester di kampung, dia sentiasa bawa buah tangan untuk aku.  Ada sahaja yang mak dia kirimkan.  Mula-mula aku segan sebab mama tidak pernah bagi dia apa-apa.  Tapi bila dia kata tidak kisah, aku pun jadi tidak kisah dan sentiasa tertunggu-tunggu apa yang mak dia kirimkan. 

 
Setiap tahun dia tidak pernah lupa hari ulangtahun kelahiranku.  Masa belajar dulu hadiahnya biasa-biasa sahaja.  Bila sudah bekerja, hadiahnya pun naik taraf.  Tahun lepas dia belikan aku beg tangan jenama Coach.  Tahun ini pula dia belikan aku tiket Universal Studio di Singapura.  Siap pergi bersama-sama lagi.  Tetapi kami tidak pergi berdua, Fawwaz dan Aida pun ikut.  Fawwaz ialah bekas rakan sekuliah kami.  Aida bekas pelajar Fakulti Pendidikan yang bercinta dengan Fawwaz sejak di UM.  Bulan lepas Fawwaz dan Aida telah pun bernikah.

 
Setiap kali dia beri hadiah hari lahirku, akan ada kad kecil yang dicoretkan kata-kata yang mencuit perasaan.  Dan aku masih menyimpan semua kad-kad tersebut.

 “Untuk permata hati aku yang paling comel”
“Happy birthday, aku sayang kau dunia dan akhirat”
“Sayangku, I hope you like this special gift, for a very special person in my life”
“Izu, you are one in a million and therefore will always be in my heart.  Happy birthday dear!”
“Allah selamatkan my sweet angel

 
Perempuan manakah yang tidak akan terusik hatinya bila membaca kata-kata sedemikian.  Itu belum lagi luahan yang keluar dari bibirnya tatkala berbicara denganku.  Dia memanggil aku Izu.  Bunyinya agak kelelakian tapi katanya nama itu sangat sesuai dengan aku.  Dan bila dia memanggil aku, sering ada gelaran yang mendahului atau mengikuti perkataan Izu.

“Izu sayang,..”
My darling Izu…”
“Izu my sweetheart…”

 
Kali pertama dia memanggil aku sayang, jantung aku berdegup kencang.  Terkedu, rasa tidak percaya, suka, semuanya bercampur baur.  Lama kelamaan aku menyukai gelaran-gelaran manis yang diberikan kepadaku.
 

Dia juga sering memuji penampilanku.  Asalnya aku gemar berpakaian kasual.  Seluar jeans, t-shirt dan topi untuk menutupi rambut aku.  Rambut aku pendek sebab aku tidak suka mengeringkan rambut.  Bukankah rambut panjang memerlukan masa yang lebih lama untuk dikeringkan.  Dia kata aku comel dengan penampilan begitu.  Tetapi dia juga kata aku akan lebih comel kalau berambut panjang.  Maka, sejak semester ketiga aku mula membiarkan rambutku panjang.  Kalau potong pun sekadar ditrim di hujung.  Aku sudah tidak pakai topi lagi kecuali kalau ada aktiviti luar di bawah terik mentari.  Pakaian ke kuliah mula dipelbagaikan.  Ada harinya aku berbaju kurung, malah pernah juga berkebaya.  Aku juga pakai skirt labuh, skirt kembang, blaus, gaun dan macam-macam lagi.  Rakan-rakan sekuliah yang lain juga memuji penampilan aku.  Tetapi itu semua tidak penting bagi aku.  Yang penting dia suka dengan cara pemakaian aku dan yang penting dia kata imej baru aku membuatkan aku kelihatan lebih feminin dan manis.

 
Kami berkongsi cerita, juga berkongsi rahsia.  Hubungan renggang aku dengan mama diketahuinya.  Perihal papa yang meninggal dunia ketika aku berusia 16 tahun, kisah papa yang beristeri dua dan rahsia ini hanya terbongkar pada hari papa meninggal, juga aku kongsi bersamanya.  Dan banyak lagi kisah hidupku yang diketahuinya. Dia juga sentiasa bercerita tentang berbagai peristiwa dalam hidupnya.

 
Setelah tamat belajar, dia sentiasa menemani aku menghadiri temuduga.  Nasib menyebelahi aku kerana selepas tiga minggu tamat pengajian aku mendapat kerja.  Manakala dia terpaksa menunggu dua bulan sebelum mendapat kerja di sebuah firma cari gali minyak.

 
Kami mula sibuk dengan kerjaya masing-masing tetapi masih berhubung.  Boleh dikatakan, hampir setiap hujung minggu kami berjumpa.  Tengok wayang, main bowling, menonton teater, sekadar bersiar-siar, window shopping dan membeli belah adalah kegiatan yang sering kami lakukan bersama.  Tetapi aktiviti yang paling digemarinya ialah bermain luncur ais di Sunway Pyramid.  Daripada tidak pandai, aku kini sudah mahir meluncur ais hasil daripada ajarannya.

 
Ada juga sekali sekala kami tidak dapat keluar bersama di hujung minggu atas alasan seperti dia balik kampung, menghadiri majlis atau kenduri, menghadiri latihan yang diuruskan oleh majikannya dan dia bercuti bersama keluarganya.  Namun semuanya dimaklumkan kepadaku. 

 
Kelmarin aku ajak dia keluar.  Dia kata dia pun memang hendak berjumpa dengan aku kerana ada perkara penting yang hendak dimaklumkan kepada aku.  Jadi semalam, seperti yang dipersetujui dia datang menjemput aku di rumah tepat pukul 9 pagi.  Aku lihat wajahnya berseri-seri.  Nampak dia gembira sangat-sangat.  Tapi aku pula lain jadinya.  Entah kenapa bila melihat dia begitu aku jadi berdebar-debar.  Ternanti-nanti apa yang hendak diceritakannya. 

 
Dia memandu keretanya dengan tenang sehingga kami sampai di Tasik Putrajaya.  Baru pukul 10 pagi jadi orang belum ramai di situ.  Dia mengajak aku menaiki bot menyusuri tasik Putrajaya.  Aku setuju, lebih-lebih lagi dia yang belanja.

 
“Semalam kau kata ada benda penting nak beritahu, apa dia?” tanyaku setelah kami berbual-bual kosong sambil menikmati pemandangan di sekeliling tasik.

 
Dia senyum.  Lama dia pandang aku.  Jantungku mula berdetak.  Tak tahan rasanya direnung begitu.  Aduhai, kacaknya dia bila tersenyum.

 
“Ish kau ni, tak sabar betullah.”
 “Aku takut kau lupa, semalam bunyinya macam penting sangat.”
 “Mana boleh aku lupa bagitau engkau.  You know love, you are the first person to know about this.  Even parents aku belum tahu lagi.”
“Apa dia?  Cakaplah cepat, kau ni buat aku suspense lah” debaran di dada semakin kuat.
OK honey, I am going to tell you.. soon.  Bila kita habis pusing tasik aku akan cerita”.
“Alah, cerita ajelah sekarang.  Tak ada bezanya kau cakap sekarang atau sekejap lagi.  Kau tetap kena bagitau aku kan?” aku mendesak.

 
Sudah tak sanggup menanggung debaran di dada.  Adakah apa yang ingin disampaikannya adalah sesuatu yang telah lama aku harapkan? Apakah hari ini dengan rasminya dia akan mengumumkan perasaannya terhadapku dan melamar aku? 

 
“OK.. OK.. aku bagitau.  Listen carefully darling” dia menarik nafas dalam-dalam, seolah-olah menenangkan dirinya.

 
“Aku dah jatuh cinta.  Aku dah jumpa seorang perempuan yang akan menjadi ratu dalam hidupku dan aku dah bersedia untuk menamatkan zaman bujang” senyuman meleret di bibirnya tatkala kata-kata itu diungkapkan perlahan-lahan.

 
Aku senyum.  Gembira kerana akhirnya penantianku untuk mendapatkan pengisytiharan cintanya terhadapku kini berakhir.

 
“Semalam aku lamar dia dan dia terima lamaran aku.  Dia suruh aku jumpa orang tuanya dan meminang dia mengikut adat”.

 
Berderau darahku mendengarnya.  Senyuman dibibirku terus hilang.  Wajahku bertukar kelam.  Pastinya orang itu bukan aku.  Semalam kami berbual di telefon, mana ada dia melamar aku.  Pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbit sekadar mengingatkan tentang pertemuan hari ini.  Juga tidak ada sebarang pesanan melalui Facebook.

 
“Izu, kau dengar tak apa aku cakap?” dia bertanya apabila agak lama aku hanya mendiamkan diri. 

 
Ya, aku dengar.  Malahan aku juga faham apa yang dikatakan.  Hancur luluh hatiku saat ini.  Impian untuk menjadi ratu hatinya berkecai bagai cermin yang dihempas ke lantai.  Ketika ini aku rasa mahu terjun ke dalam Tasik Putrajaya itu.  Biarlah aku lemas di dasar tasik ini, bersama impian dan harapan yang telah lebur, bagai larut di dasar tasik.

Monday 4 February 2013

FEBRUARY DAH MUNCUL

Assalam.

Today is the first working day of February.  Pantasnya masa berlalu, rasanya baru lagi sibuk-sibuk membeli barang-barang persekolahan anak-anak, tau-tau dah February.

Today is a historical day for my eldest son - Amir Izzat is having his prefect installation ceremony in school.  I wish I could be there to witness but unfortunately parents are not invited.  Furthermore I need to be in the office.  This installation is different from the previous prefect installation that he had undergone.  Sebabnya - this morning he is going to stand proudly on stage as the Head of Prefect and reciting the oath.  Malam tadi dia dah practise bacaan ikrar tu.

Congratulations Amir.  Ibu is proud of you.  Semoga kejayaanmu menjadi perangsang untuk adik-adikmu mengikuti jejak langkah abangnya yang cemerlang both in academic and co-curricular activities.  Teruskan istiqomah dalam mencapai kejayaan.  The ultimate challenge for the year is SPM.  You have a long way to go in life, there will always be trials and challenges awaiting you.  I pray to Allah I could always be there for you when you need me.

February dah muncul, makanya kerja-kerja semakin banyak.  Few events are already in the pipeline.  Soon I will be ms report writer, ms script writer, ms emcee, ms exhibition manager, dll.  Oh, not to forget the target set for this year.  Got to work hard, kalau achieve target cantiklah bonusnya.

Allahumma yassir wala tu'assir.  Robbi tammin bilkhoir.  Birohmatikaya arhamarrohimin.
Ya Allah permudahkanlah urusanku, permudahkanlah, jangan disulitkan.



Wednesday 23 January 2013

KEEPING YOUR ATTITUDE UP WHEN CIRCUMSTANCES ARE DOWN

Without saying, we know that attitutude is important is getting us to where we want to be.
Positive attitude is a pivot of a succesful life.  We strive to maintain positive attitude at all times.  But what happen when life gives us a blow?  Are we able to retain the positive attitude, or do we tend to let our attitude take a dive along the difficult situation we are facing?

Surely it is tough to maintain the same positive attitude in two contrasting situations, but should we are able to carry on with our good attitude, we will be able to walk through the challenging period with ease.

Cakap senang ya?  Macam mana tu nak maintain high spirit, positive attitude all the time?  Kita ni kan manusia, ada perasaan.  Logiklah kalau kekadang tersedih sedu, or naik angin or hati membara dengan circumstances yang tidak berpihak kepada kita.

But in sya Allah, boleh.  I have read many articles talking about maintaining positive attitude in difficult situation.  Macam2 tips and techniques yang dicadangkan.  As a Muslim, I would like to share my own ways of keeping positive attitude when circumstances are down.  These are the things/steps that I would/have taken and they can be done concurrently:

1.  nangis - to me menangis is a therapy.  Nangislah puas2.  Airmata kita sendirikan, suka hatilah banyak mana airmata kita nak limpahkan.  Biasanya lepas nangis, I feel my chest is lighter.  I am a woman, so its OK for me to cry.  But what about man, nak nangis jugak ke?  Ish, nangis jelah, apa salahnya.  To me tak kuranglah kemachoan seseorang lelaki kalau dia nangis.  In fact, I respect lelaki yang tidak segan mempamerkan tangisannya.  We are human and human is full of emotion.

2.  bersyukur - count your blessings and be grateful, in whatever situation.  Bear in mind, the situation could have worsen.  Jadi lafazkanlah kesyukuran.  Bila kita bersyukur, kita akan mendapat tenaga yang positif.  Bersyukur ketika diuji adalah sifat orang yang beriman.

3.  bertenang - jangan gabra, jangan melatah.  This act of losing control over yourself will only bring your attitude down.  Just remember this difficult situation is only temporary. 

4.  berzikir dan berdoa.  Berzikirlah banyak-banyak untuk mendapat ketenangan. Berdoalah kepadaNya memohon petunjuk dan dipermudahkan urusan yang perlu ditempuhi.  Pinta juga dariNya kekuatan dan iman untuk mengharungi dugaan.  And don't forget to ask for His forgiveness too.

5.  bertindak.  Yes, go ahead and take the necessary action.  Bila hati tenang dan attitude kita positif, kita akan bertindak dengan rasional, bukan emosional. 

Sekadar berkongsi, ta da.




Tuesday 22 January 2013

OLD HABIT DIE HARD

Aristotle said "We are what we repeatedly do.  Excellence is not an act..... it's a habit.

Maknanya kita kena betulkan habit kita.  Kalau kita menjadikan kecemerlangan sebagai satu kemestian, maka ia akan menjadi satu habit yang baik.  Tetapi kalau kita tak kisah je, buat sesuatu ibarat melepaskan batuk di tangga dan mengulangi perbuatan itu berkali-kali maka jadilah ia satu habit yang tidak baik.

Habit is like a best friend.  Most people would agree that it is extremely difficult to change your habit, just like you just can't change from one best friend to another.  Habit is part of you, and surely it is very difficult to change a part of you.

Ada habit yang baik, we can keep it and maintain it.
Tapi habit yang tak elok dan tak berapa elok, are the ones that we must get rid of.  We must strive to change our bad habits into good habits.
The question is, how do we do that?

Does is start with self realisation that what I have been practising is not so right and therefore must go.  Or shall I wait for others to point at me that such a habit is not acceptable and then only I force the habit out of my life?

Bukan senang nak buang habit ni kan?  Tu pasallah orang putih kata "old habit die hard".

One habit of mine that I have tried very hard to stop, tapi masih tak berjaya ialah tabiat mencabut rambut.  I just love to cabut rambut yang kerinting-kerinting kat atas kepala ni.  Maklumlah, rambut I lurus so bila ada rambut-rambut kerinting (which my mum calls rambut gatal), I cannot tahan.  Mesti nak cabut.  Lepas tu bila dah cabut, I would stick the helaian rambut on the nearest wall.  I love to see the kerintingness of the rambut.  Sampai hubby perli, ni wall deco ke apa ni?

Since this habit mencabut rambut is not harmful to me or anyone, I guess bolehlah diteruskan.  But I must remember to remove the hair strands from the wall.

Want to share your unharmful bad habits?













Monday 14 January 2013

PAYUNG EMAS TEDUHAN QASEH

My second cerpen.  Alhamdulillah, siap juga akhirnya.  Kali ini kisah orang yang nak bermadu.  Sekadar rekaan sahaja, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal.


PAYUNG EMAS TEDUHAN QASEH

“Maafkan Abang Thiya.  Abang tak sangka akan jadi begini.”
 
Fathiyah diam.  Hatinya remuk, hancur dan berkecai.  Tergamak suami yang dicintai memperlakukannya sebegitu.  Tidak cukupkah segala pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.  Apakah hanya kerana satu kekurangan, dia dihukum?  Dihukum pula dengan satu hukuman yang amat ditakuti oleh mana-mana isteri.

“Ke mana perginya cinta sejati Abang?  Cinta yang Abang janjikan hanya untuk Thiya.  Baru tujuh tahun kita kahwin.  Secepat itu cinta Abang beralih arah?”

Jazman memandang isterinya dengan penuh ihsan.  Perlahan-lahan dia merapati isterinya, lantas duduk di sebelah Fathiyah.  Tangan Fathiyah diraih ke dalam genggamannya.

“Thiya, cinta Abang pada Thiya tak pernah berubah sayang.”  Jazman merapatkan wajahnya, mahu mencium pipi Fathiyah.  Sepantas kilat Fathiyah mengelak.  Empangan airmatanya pecah, melimpahkan air jernih yang bertitisan di pipinya. 

Jazman pegun.  Hatinya pedih melihat melihat Fathiyah menangis.  Kalau boleh dia sendiri tidak mahu semua ini terjadi.  Namun apalah dayanya untuk melawan takdir.  Dia sendiri tidak menjangkakan belas ihsan yang dipersembahkan kepada Qaseh Hana boleh bertukar menjadi perasaan cinta. 

 “Dulu Abang janji hanya Thiya isteri Abang.  Sekarang Abang mungkiri janji Abang.  Thiya terima segala kebaikan dan kekurangan Abang.  Tergamak Abang jadikan kekurangan Thiya sebagai alasan.  Mengaku sajalah Bang.  Abang memang dah tak sayangkan Thiya lagi.”
 
Esakan Fathiyah semakin kuat.  Jazman berpaling ke arah isterinya.  Bahu Fathiyah dipegang dengan lembut.  Airmata Fathiyah diseka dengan jari.  Ditarik Fathiyah perlahan-lahan ke dalam rangkulannya.  Mahu sahaja Fathiyah menolak Jazman, meleraikan dirinya dari rangkulan suami yang dicintai, melebihi dirinya sendiri.  Namun dia tidak mampu.  Yang termampu dilakukan saat ini hanyalah menangis sepuas-puas hatinya.  Biar Jazman tahu betapa terdera perasaannya.

“Thiya…..” Jazman memanggil dengan lembut, sambil mengusap belakang isterinya.
 
“Cinta Abang tak pernah berubah sayang.  Cuma Abang minta izin untuk mengagihkan kasih sayang Abang kepada seorang perempuan.  Nasibnya tidak sebaik Thiya.  Abang sekadar mahu membantu dia.”

Thiya mengangkat mukanya dan melepaskan diri dari rangkulan Jazman.

“Siapa perempuan tu Bang?”  soalan ditanya sambil mata memandang tajam ke arah Jazman.  Ada rasa benci pada sinaran matanya.  Jazman tidak pasti, apakah benci kepadanya atau benci kepada perempuan itu.

“Dia ibu tunggal” jawab Jazman.

“Janda?  Betullah kata orang janda ni jahat, suka rampas suami orang.”

“Tak baik cakap macam tu Thiya.  Bukan dia rampas Abang dari Thiya, Abang sendiri yang terpanggil untuk menolong dia.  Dia ada tiga orang anak dan dia susah,” Jazman menerangkan dengan lembut.  Dia tidak suka tuduhan Fathiyah terhadap Qaseh Hana, namun dia juga tidak mahu berkeras dengan Fathiyah, untuk mengelakkan luka yang sedia ada menjadi parah.

“Kalau Abang nak tolong, tolong sajalah.  Kenapa sampai nak kahwin dengan dia.  Thiya tahu tu semua alasan saja.  Mengaku sajalah Bang…. Abang memang dah tak sayangkan Thiya lagi.”  Esakan Fathiyah kedengaran semula.

Jazman menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan.  Buntu.  Dia tahu tidak semudah itu bagi Fathiyah untuk mengizinkannya beristeri lagi.  Tiada isteri yang rela dimadukan.  Jika ada pun mungkin satu dalam seribu!  Namun keputusan ini diambil setelah dia memikirkannya masak-masak.  Malahan dia juga meminta pendapat kedua orang tuanya dan Ustaz Ramli yang sering memberi kuliah di masjid di tempat dia menginap.  Seperti yang dijangka, ibunya membantah.  Namun selepas ibunya berjumpa Qaseh Hana dan anak-anaknya, ibu menukar fikiran.  Ustaz Ramli pula menyarankan agar dia melakukan solat istikharah dan selepas beberapa kali melakukan solat, Jazman mendapat petunjuk yang dicarinya.
 

*****
Tiga bulan yang lalu.

Qaseh Hana menarik nafas kelegaan.  Lafaz “Alhamdulillah” terbit dari mulutnya, bersyukur kerana wajah pucat Iman Naqif sudah beransur cerah.  Nafasnya yang mencungap sebentar tadi sudah teratur.   

Jazman mencabut nebulizer dan kemudian kembali ke kerusinya.  Sambil tersenyum botol vitamin C dicapai dan sebiji tablet berwarna jingga dihulurkan kepada Iman Naqif.  Dia menulis sesuatu di atas kad pesakit.  Selesai menulis dia memandang ke arah ibu muda itu. Wajahnya suram, bagaikan ada kesedihan yang betapa di dalam dirinya. 

“Ada ubat sedut di rumah?”  Qaseh Hana menggeleng.

“Sebelum ini dapat rawatan di mana?” soal Jazman.

“Klinik kerajaan.  Tapi tadi keadaan dia teruk sangat, saya tak boleh tunggu sampai esok.” 

Qaseh Hana menjawab.  Terasa bersalah kerana tiba di klinik di kala pintu klinik sedang dikunci.  Mujurlah tuan doktor yang baik hati itu mengarahkan pembantunya membuka semula pintu.  Dan dengan senang hati doktor berwajah kacak itu merawat Iman Naqif.

“Baiklah Puan boleh ambil ubat di kaunter.  Nanti pembantu saya akan terangkan cara pengambilan ubat.”

Qaseh Hana mengucapkan terima kasih dan keluar dari bilik rawatan. 

“Doktor,” panggil pembantu klinik bernama Ani.

“Dia tanya, boleh tak dia bayar separuh dulu.  Katanya tak cukup duit untuk tambang teksi.”

Jazman berfikir sejenak.  Sebelum ini sudah banyak kali berlaku kes sebegini.  Atas dasar simpati dia membenarkan.  Ada yang datang semula untuk menyelesaikan bayaran, ada juga yang terus lesap.

“Bagilah” pendek arahan Jazman kepada Ani.  Jam di tangan dikerling.  Sudah pukul sepuluh setengah malam.  Senangkah mendapat teksi di waktu begini, soalnya di dalam hati.  Timbul rasa simpati terhadap ibu muda itu dan anaknya. 

 

*****

Jazman memandu dengan berhati-hati.  Badannya terasa letih.  Sepatutnya di waktu begini dia sudah berehat di rumah namun kedatangan anak kecil yang diserang asma tadi menangguhkan kepulangannya.  Dia tidak mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana dapat membantu pesakit yang sangat-sangat memerlukan bantuannya.

 Kelihatan di hadapannya seorang wanita mendokong seorang anak berjalan perlahan-lahan.  Jazman memperlahankan pemanduannya.  Tingkap bahagian penumpang sebelah hadapan diturunkan.   

“Mari saya hantar pulang” Jazman menjerit sedikit agar dapat didengar oleh Qaseh Hana. 

Qaseh Hana serba salah.  Dia segan, tetapi di waktu selewat ini, bantuan yang ditawarkan ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal.  Qaseh Hana masuk ke dalam kereta, duduk di hadapan sambil meriba Iman Naqif.  Terasa kekok duduk di dalam kereta Nissan Teana di sebelah doktor yang baik hati itu.  Sudahlah tadi dia dibenarkan berhutang, sekarang dihantar pulang pula.  Iman Naqif yang sudah kepenatan pantas terlena di atas ribaan ibunya.

Pandangan Jazman tertumpu kepada jalan di hadapannya.  Suasana sepi hanya bertemankan lagu yang berkumandang dari radio kereta.  Sekali sekala Qaseh Hana memberi tunjuk arah.  Jazman mengerling ke sebelah kiri, tersenyum melihat si comel Iman Naqif yang nyenyak diulit mimpi. 

“Dah lena ya?”  Jazman memecahkan kebisuan di antara mereka.

“Ya.  Dia memang biasa tidur awal,” Qaseh Hana bersuara.

“Maaf saya bertanya, suami puan mana?”  Jazman mengajukan soalan, sambil mengerling Qaseh Hana sekilas.

“Dia dah tinggalkan kami.”

“Dah lama dia meninggal?”  Jazman bertanya lagi.

Qaseh Hana menyedut nafasnya dalam-dalam, kemudian dengan tenang dia berkata “meninggal dunia belum lagi, meninggalkan saya dan anak-anak sudah empat tahun.  Jarang sangat dia balik dan dua tahun lepas… ketika Naqif dilahirkan… dia balik untuk kali terakhir.  Untuk melafazkan talak terhadap saya.”

Jazman terkedu.  Tidak menyangka akan mendengar jawapan itu.  Menyelinap rasa bersalah kerana menanyakan soalan tadi dan sesaat kemudian menyelinap pula rasa simpati yang mendalam.

Perjalanan yang bersisa lima minit diteruskan tanpa bicara.  Sebaik tiba di hadapan rumah, Jazman cepat-cepat keluar dari kereta dan berjalan ke arah Qaseh Hana yang cuba keluar sambil mendukung Iman Naqif.  Jazman menawarkan untuk mendokong Iman Naqif.  Qaseh Hana mengangkat matanya, dan dua pasang mata bertembung.  Terpancar sinar keikhlasan daripada mata Jazman, lantas Qaseh Hana membenarkan. 

“Terima kasih Doktor,” kata Qaseh Hana ketika menyambut Iman Naqif dari dukungan Jazman di muka pintu.  Di dalam hatinya dia bersyukur dengan pertolongan yang Allah turunkan kepadanya malam ini.

 

*******

Tiga hari kemudian Qaseh Hana datang ke klinik Jazman untuk melunaskan hutangnya.  Mereka bertembung di pintu, kebetulan Jazman hendak keluar makan tengahari.  Terpandang sahaja wajah Qaseh Hana, timbul perasaan simpati yang luar biasa.  Jazman mempelawa Qaseh Hana makan dengannya.

Jazman menolak bayaran Qaseh Hana.  Katanya dia telah menghalalkan hutang tersebut, dengan niat mahu menolong.  Qaseh Hana serba salah hendak menerima bantuan Jazman. 

 “Maaf doktor, saya tak dapat terima bantuan doktor.  Memang saya susah, tapi saya masih boleh bekerja untuk menyara diri dan anak-anak.” 

 Jazman tidak membalas, sebaliknya merenung wajah bersih di hadapannya.  Di wajah itu terpancar segalanya – ada kedukaan, ketabahan, ketenangan dan keazaman.  Qaseh Hana tunduk, memandang pinggan berisi nasi goreng paprik yang dipesan oleh doktor muda itu.  Terbayang wajah Qaseh Aida, Qaseh Julia dan Iman Naqif.  Pasti anak-anaknya gembira jika dapat menikmati hidangan itu.  Nasi goreng bagi mereka hanyalah nasi putih yang digoreng dengan kicap, dimakan dengan ikan bilis goreng atau telur dadar.

“Makanlah” Jazman mempelawa.  Doa makan dibaca dan dia mula menjamah nasi di hadapannya.  Qaseh Hana hanya memandang sepi ke arah makanannya.  Perasaan sebak hinggap di tangkai hatinya, membawa bersama airmata yang bertakung di tubir matanya.  Tisu dicapai, lantas airmata dikesat agar tidak tumpah.

“Qaseh…… awak OK tak?”  Jazman berhenti makan.  Merenung Qaseh Hana yang masih menunduk. 

“Kalau awak tak suka nasi ni, kita order makanan lain.  Awak nak…?”
 
“Jangan!”  pantas Qaseh Hana memintas.  “Orang susah macam saya tak pernah cerewet soal makanan.  Saya…”  Qaseh Hana menelan liurnya.  Bagaikan ada ketulan besar yang menyekat kerongkongnya.

“Saya teringat anak-anak di rumah.”

Jazman terkedu.  Wajah Qaseh Hana direnungnya tanpa kata.  Tidak disangka tindakannya mempelawa Qaseh Hana makan bersama rupa-rupanya mengundang duka di hati.

Berfikir sejenak, kemudian dia bangun dan berjalan ke kaunter restoran, sambil Qaseh Hana memandang kehairanan. 

“Saya dah minta bungkuskan untuk anak-anak awak.  Tiga bungkus cukupkan?” 

“Masya Allah, bukan itu maksud saya.  Doktor tak perlu buat semua ni.”  Qaseh Hana menyuarakan rasa kurang senangnya, dengan suara yang sedikit tinggi.

“Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Anggap sajalah pertolongan saya ini sebagai rezeki yang Allah anugerahkan kepada awak hari ini.”

 

*******

Selepas hari itu Jazman terpanggil untuk mengenali dengan lebih lanjut Qaseh Hana dan anak-anaknya.  Sekali sekala dia menziarahi mereka di rumah, datang bersama makanan, buku dan barang permainan untuk tiga permata hati Qaseh Hana.

Di satu petang Jumaat, ketika Qaseh Hana pulang dari mengambil wang jualan kuih dan nasi lemak di gerai Kak Bedah dan Restoran Lesung, kereta Jazman sudah terparkir di hadapan rumahnya.  Di laman rumahnya, Jazman sedang mengajar Qaseh Aida membaca buku dalam Bahasa Inggeris, sambil meriba Iman Naqif.  Qaseh Julia pula sibuk mewarnakan gambar di dalam buku warna yang dibelikan oleh Jazman.  Qaseh Hana sebak tatkala melihat Jazman mencium dahi Iman Naqif,  bagaikan dia benar-benar menyayangi anak kecil itu. 

Qaseh Hana terharu dengan layanan, bantuan dan kasih sayang yang Jazman berikan terhadap anak-anaknya.  Namun dia juga tahu kemesraan, layanan, bantuan dan kasih sayang yang ditumpahkan kepada anak-anaknya bakal mengundang masalah, baik kepada keluarganya, juga kepada Jazman.

Qaseh Hana mengetap bibir, bertekad bahawa apa yang bermain di mindanya harus disuarakan hari ini.  Dia memberi salam sambil membuka pagar.  Selepas itu dia meminta anak-anaknya masuk ke dalam, katanya ada perkara yang hendak dibualkan dengan Uncle Doktor, panggilan anak-anaknya terhadap Jazman.

“Macam mana jualan hari ini?”  Jazman bertanya sambil melemparkan senyuman.

“Alhamdulillah, semua habis.  Lusa ada orang menempah seratus bungkus nasi lemak.”  Qaseh Hana senyum.  Dengan tempahan tersebut, rezekinya minggu ini bertambah.

“Alhamdulillah.  Banyak tu.... mampu ke buat seorang?”

“In sya Allah boleh.  Doakan saya sihat dan tiada masalah.”  Qaseh Hana optimis.  Jazman mengangguk beberapa kali, kagum dengan semangat Qaseh Hana.

“Kalau perlu bantuan, bagi tau ya.”

Qaseh Hana tertawa.  Bila Jazman memandangnya, cepat-cepat tangannya menutup mulut.

“Kenapa?”  Jazman kehairanan.

“Doktor nak tolong?  Doktor reti ke bungkus nasi lemak daun pisang?”  Qaseh Hana senyum.  Ada nada menyakat dalam suaranya.

 “Kalau awak ajar, retilah saya nanti.”  Ayat Jazman tamat di situ, namun matanya masih melekat pada wajah Qaseh Hana.  Itulah kali pertama dia melihat Qaseh Hana ketawa.  Manis, desis hatinya.

 “Doktor… doktor…. kenapa pandang saya macam tu?”  Qaseh Hana merasa tidak selesa dengan renungan Jazman.

 “Awak… awak kena selalu senyum dan ketawa.”  Kata Jazman, tidak mahu terlebih memuji, takut disalah anggap oleh Qaseh Hana.  Qaseh Hana melarikan matanya dari menatap wajah Jazman.  Dadanya berdebar.

“Doktor,” panggil Qaseh Hana, menyingkirkan kebisuan di antara mereka.  Namun pandangannya tetap dihalakan jauh dari Jazman.

“Minggu ni setiap hari Doktor datang ke rumah saya.  Isteri doktor tak marah ke?”

“Dia balik kampung.  Dia tahu tentang awak, saya dah ceritakan.”  Jazman menjelaskan.

“Saya rasa doktor tak payahlah datang ke sini,” ujar Qaseh Hana. 

“Kenapa?  Qaseh tak suka saya datang?”  Riak wajah Jazman menjadi tegang.

“Tak manis dilihat orang.  Lagipun doktor ada isteri.  Saya tak mahu timbul salah faham di pihak isteri doktor.  Saya tahu doktor ikhlas menolong, tapi takkan selamanya saya menerima bantuan doktor.  Saya perlu berdikari membesarkan anak-anak saya.” 

 “Qaseh, awak tahukan saya tak ada anak.  Saya terhibur dengan kerenah anak-anak awak.  Bukannya besar sangat pun pertolongan saya.”

 “Tak besar?  Doktor belikan pakaian, makanan, permainan, buku dan alatulis.  Belum lagi rawatan dan ubat percuma untuk mereka.  Maaf, saya tak mahu terhutang budi.” Tegas nada suara Qaseh Hana menyatakan pendiriannya.

“Qaseh... saya tak anggap pun saya berbudi pada awak dan anak-anak.  Saya juga tak mengharapkan apa-apa balasan.”

 Qaseh diam.  Berfikir bagaimanakah dia dapat menerangkan kepada Jazman, bahawa dalam syukurnya ada kegusaran yang besar.  Dia gusar dengan tanggapan jiran tetangga terhadapnya.  Dia juga gusar jika ada cemburu dan syak wasangka di pihak isteri Jazman.  Dia juga tidak mahu anak-anaknya, yang sememangnya dahagakan kasih sayang seorang ayah, membina harapan yang akan melukakan hati mereka di kemudian hari kelak.

“Saya balik dulu.  Tapi tolong…  jangan halang saya daripada berjumpa dengan anak-anak awak.  Saya tidak pernah segembira ini Qaseh.”

Jazman pergi, meninggalkan Qaseh Hana yang buntu.

 
*******

“Sama ada kamu mahu menjadi positif atau negatif, itu pilihan kamu,” guru kaunseling pencen sudah memulakan kata nasihatnya.  Fathiyah menongkat dagu.  Kuih bingka ubi masih belum disentuh.  Kopi di dalam cawan juga sudah sejuk.

“Kan lebih baik kalau kamu melihat perkara ini dari perspektif positif?  Kalau kamu berfikiran negatif tentulah kamu rasa akan kehilangan suami atau ada orang yang mencuri kebahagiaan kamu.  Sebenarnya bahagia atau tidak, adalah pilihan kamu sendiri.  Kalau kamu sabar, dan redha dengan qada’ dan qadar, kamu akan tengok perkara ni secara positif.  Cuba fikir dengan bermadu, kamu akan dapat kawan dan anak.  Malah, lebih penting lagi kamu dapat pahala.”

“Thiya dah ada ramai kawan mak.  Thiya tak perlukan kawan baru.  Soal anak, dulu Abang Jaz sendiri yang kata dia tak kisah.”  Fathiyah menangkis nasihat emaknya. 

 Dia balik ke kampung untuk mendapatkan sokongan emaknya.  Berharap emak akan mengikutnya pulang, atau sekurang-kurangnya menelefon Jazman untuk menasihati Jazman agar membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan ibu tunggal itu.  Sebaliknya, emak seakan bersetuju dengan Jazman.  Hari ini, setelah hampir seminggu di kampong, emak berkeras menyuruhnya pulang.

“Thiya, bagi seorang lelaki memiliki zuriat sendiri adalah satu kebanggaan.  Walaupun dia pernah berkata dia tak kisah tak ada anak, tak banyak sikit, mesti ada rasa terkilan.  Tambahan pula sekarang ada peluang.  Menghalangnya bererti kamu menidakkan haknya.  Mak yakin Jazman tu ikhlas.  Kalau dia nak kahwin sebab dia gatal, dah lama dia buat dan lebih baik dia cari gadis yang muda, lawa.  Bukannya dia tak mampu.”

“Dari segi material dia memang mampu mak.  Tapi mampukah dia berlaku adil?”  Fathiyah menangkis hujah emaknya dengan soal keadilan.

“Kamu bantulah dia untuk jadi suami yang adil,” suara Puan Kalsom keras sedikit.  Geram melihatkan kedegilan anaknya.

“Banyak kes lelaki berpoligami tak dapat berlaku adil kerana salah seorang daripada isterinya terlalu dominan dan lupa hakikat bahawa dia berkongsi suami dengan perempuan lain.  Mengongkong suami dan mahukan suami untuk dirinya sahaja, walaupun dia tau dia bermadu.  Kamu dan madu kamu boleh mainkan peranan, berbincang dan saling mengingatkan suami jika dia telah melebihkan kamu atau madu kamu.  Ingatkan Jazman, tentang balasan di akhirat nanti kalau dia tak adil.  Satu lagi, berserahlah kepada Allah.  Doa banyak-banyak agar kamu dan madu kamu boleh berkongsi suami dengan harmoni.  Ramai orang yang bermadu Thiya, dan mereka bahagia.”

Fathiyah mengetap bibir.  Masih tidak puas hati dengan nasihat emaknya yang tidak memihak kepadanya.

“Baliklah Thiya, tak baik tinggalkan Jazman lama-lama.  Karang lama sangat kamu tinggalkan dia, tau-tau bila kamu balik... dia dah menikah!”  Puan Kalsom sengaja memprovok anaknya.

“Emak!”  Dahi Fathiyah berkerut, dan bibirnya memuncung.

 
*******

I miss you sayang” bisik Jazman sambil merapatkan Fathiyah ke dadanya.  Kemudian dahi Fathiyah dikucup.

"Betul ke dia rindukan aku?  Entah-entah seronok… dapat jumpa janda tu setiap hari” iblis menghembuskan hasutan ke dalam minda Fathiyah.  Dibiarkan sahaja Jazman merangkulnya. 

“Mak dan ayah sihat?” soal Jazman, cuba berbual dengan Fathiyah yang masih dingin. 

“Alhamdulillah.  Mereka kirim salam.  Abang dah makan?” 

“Waalaikummusalam.  Abang belum makan.  Jom, kita keluar makan.”

 Fathiyah memandang Jazman dengan rasa hairan.  Iblis memainkan peranannya lagi, membisikkan syak wasangka di hati Fathiyah.

“Sejak dia kenal janda tu, dah lama dia tak ajak aku keluar dinner.  Makan di rumah pun dah jarang.  Ini mesti ada something ni.  Entah-entah nak pancing aku,” bisik hati Fathiyah.

“Lepas Maghrib kita keluar ya.  Abang mandi dulu.”  Tanpa menunggu persetujuan daripada isterinya, Jazman melangkah, meninggalkan Fathiyah yang masih bolak balik perasaannya. 

Sejak hari itu setiap malam Jazman meluangkan masa untuk Fathiyah.   Bersolat Maghrib dan makan bersama, dan kembali kepada rutin asal mereka.  Fathiyah bersyukur, namun terselit kerisauan di hatinya.  Jazman tidak seceria dahulu, sering termenung dan kurang bercakap. 

 
*******

Petang itu Fathiyah mengintip Jazman.  Rupa-rupanya suaminya masih berkunjung ke rumah itu.  Dia melihat suaminya melayani tiga anak kecil itu dengan penuh kasih sayang.  Menyelinap perasaan sedih kerana gagal menganugerahkan zuriat untuk suaminya.  Bila melihat pula perempuan itu berbual dengan suaminya, muncul pula perasaan marah.

Fathiyah menghentak stering kereta. 

“Janda tak guna!  Kau gunakan anak-anak untuk pikat suami aku!  Siap kau!”

Fathiyah pulang dengan perasaan berkecamuk.  Wajah ceria Jazman ketika bersama anak-anak itu mengganggu mindanya, bersilih ganti dengan wajah perempuan itu.  Badannya dihempaskan ke katil dan dia menangis sepuas hati.  Satu saat dia menyesali takdirnya. Tersedar, lantas cepat-cepat beristighfar.  Sesaat kemudian timbul pula amarah terhadap wajah-wajah yang kini mengisi hati Jazman, diikuti pula dengan rasa kasihan terhadap Jazman. 

 
*******

Salam diberi dan selepas beberapa ketukan, pintu dibuka.  Anak comel bertocang dua menyambut salam sambil mengintai di balik pintu.

“Ibu belum balik.  Makcik nak order nasi lemak ke kuih?” soal anak comel itu sambil tersenyum, menampakkan gigi depan yang rongak.  Fathiyah terkedu. Belum sempat bersuara muncul pula yang kecil, menggonggong botol susu.  Matanya yang jernih merenung Fathiyah dengan penuh minat.

"Ni adik saya, nama dia Naqif,” tanpa disoal si kakak memberitahu. 

“Makcik duduk kat kerusi tu ya, kejap lagi ibu balik.  Ibu kata jangan bagi orang masuk rumah kalau ibu tak ada.”

Entah dari mana datangnya, muncul satu perasaan indah tatkala mendengarkan kepetahan sang kakak.  Wajah bersih itu direnung lama, kemudian beralih kepada si adik.  Fathiyah bertinggung di depan pagar, teringin mencubit pipi si adik.  Si kakak pantas menghulurkan tangan di celah pagar.  Bila sahaja Fathiyah menyambut tangannya, pantas disalami dan diciumi tangan Fathiyah.

“Ibu pergi mana?”

 “Ambil Qaseh Julia kat tadika.  Dia adik saya nombor satu.  Yang ni nombor dua.”  Si kakak ramah menjawab.

“Nama kakak siapa?”    

“Qaseh Aida.  Panggil Aida je.  Makcik duduklah atas kerusi.  Nanti sakit kaki cangkung lama-lama.”

Fathiyah tersenyum mendengar celoteh Aida.  Dia bangun dan di saat itu pintu terbuka lebih luas, muncul seorang wanita berkerusi roda.  Fathiyah terpempan.

 “Tunggu Ana ke?”  soal wanita itu sambil tersenyum.  Fathiyah mengangguk.

Suara perempuan memberi salam membuatkan Fathiyah berpaling.  Dia senyum sambil menghulurkan tangan dan Fathiyah menyambut salam. 

Qaseh Hana menjemput Fathiyah ke dalam rumahnya.  Kemudian dia ke dalam bersama-sama anak-anaknya.  Fathiyah dilayan berbual oleh ibu Qaseh Hana.  Dari ibu Qaseh Hana, dia mengetahui kepayahan ibu tunggal itu menyara tiga orang anak dan ibunya.  Hatinya terkesan tatkala mendengar kisah Qaseh Hana diceraikan suaminya yang bermain kayu tiga.

 Sebentar kemudian Qaseh Hana keluar membawa dulang berisi air teh dan sepiring kuih.  Qaseh Aida sudah siap beruniform sekolah, manakala Qaseh Julia telah menyalin uniform tadikanya.  Fathiyah kagum melihat dua anak kecil itu yang sudah pandai berdikari.

 “Puan nak order kuih ke?”  soal Qaseh Hana setelah Fathiyah menghirup teh ‘o’.  Fathiyah meletakkan cawan di meja.  Mengangkat mukanya dan merenung wajah Qaseh Hana.  Meneliti setiap inci wajah wanita muda itu.  Di hadapannya dia melihat seorang ibu muda yang diduga dengan kepayahan, namun cekal mengharungi takdir. 

Sebelum datang dia telah bertekad akan memberi amaran kepada perempuan ini agar jangan mengganggu suaminya lagi.  Namun kini, bila berdepan dengan musuhnya, satu perasaan lain pula muncul. Renungannya membuahkan kehairanan di hati Qaseh Hana.

“Puan,” Qaseh Hana memanggil lembut.

“Saya…”  ayat Fathiyah mati di situ.  Dia kehilangan kata-kata.  Kebetulan Qaseh Aida merapati sambil memaklumkan van sekolahnya sudah sampai.

Qaseh Hana menghantar anaknya ke pagar.  Setelah mencium tangan ibunya, Qaseh Aida menuju ke van.  Beberapa langkah kemudian dia berhenti, berpaling ke arah ibunya dan bertanya “Ibu, Uncle Doktor datang tak nanti?”

Bergetar jantung Fathiyah mendengarnya. 

“Aida, kan ibu dah pesan…. kita tak boleh berharap dengan Uncle Doktor.  Dia ada keluarga.  Kalau dia senang, dia datanglah.”

Fathiyah sebak tatkala mendengar jawapan Qaseh Hana. 

 
*******

Mata Qaseh Hana basah.  Wajah Jazman dan Fathiyah direnungnya silih berganti.  Mata menyorot ke muka emak.  Di situ dia mencari kekuatan.  Emak mengangguk, bagaikan mengerti gelora di hatinya. 

Sudah dua minggu dia mengenali Fathiyah, yang kali pertama berkunjung membawa satu tandatanya di benaknya.  Datang lagi tiga hari kemudian, memesan nasi lemak.  Kunjungan ketiga menyusul untuk memesan karipap.  Kunjungan keempat sekadar untuk menziarahinya dan anak-anak.  Dan hari ini, kunjungan kelima datang bersama Jazman, membawa sebentuk cincin, melamar dia menjadi isteri kedua Jazman.

“Qaseh…demi Allah saya sudi dan ikhlas menerima Qaseh sebagai madu saya.  Saya dah fikirkan masak-masak dan saya berdoa perbuatan ini diredhai Allah”  Fathiyah memujuk. 

Makin deras airmata Qaseh.  Benarkah ini, atau mimpi semata-mata? 

“Qaseh, saya ikhlas mahu menjadi suami awak dan bapa kepada anak-anak awak.”  Jazman akhirnya bersuara. 

Ketika Fathiyah melafazkan izinnya, dia terus melakukan sujud syukur.  Berterima kasih kepada Al Khaliq, yang mencetuskan perasaan cinta terhadap Qaseh Hana dan anak-anaknya, dan yang melembutkan hati Fathiyah untuk memahami dan merestui hajatnya. 

“Qaseh, seumur hidup saya… saya tidak pernah berkongsi apa yang saya sayangi dengan orang lain.  Sekarang saya sedar… Allah memberikan Abang Jazman kepada saya, untuk… dikongsi bersama awak.  Mudah-mudahan… di sana nanti… saya mendapat payung emas.”  Dalam sebak, Fathiyah menghabiskan ayatnya. 

“Baiklah… saya terima lamaran ini.  Kak Thiya, terima kasih di atas restu.  Semoga Allah memberkati kakak.”  Akhirnya Qaseh Hana bersuara, sambil menyapu airmata di pipi.  Pandangannya berkalih pula ke arah Jazman.

Betapa selama ini dia menidakkan perasaannya terhadap Jazman.  Namun kuasa Allah akhirnya berpihak kepadanya.  Di sudut hatinya Qaseh Hana berdoa, agar Jazman mampu menjadi suami yang adil dan dia sendiri mampu menjadi madu yang baik buat Fathiyah.