Thursday 27 December 2012

DAH PUAS KE SAWAH, MANDI DI SUNGAI PULA

25 Disember cuti Krismas.  Bestnya cuti.  Ingatkan nak rehat je di rumah.  Tapi kaum kerabat hyperactive bersetuju untuk berpicnic di sungai.  Haih, tak habis-habis berjalan kitaorng ni.  Baru je last weekend ke D Sawah Bendang Homestay di Sungai Besar, ni nak piknik pulak!

So, beramai-ramailah kami menuju ke Sungai Tua, Ulu Yam.  Berpiknik di sana.  Myself bawa chicken sandwich dan banana muffin.  Mama bawa nasi putih berlauk sambal bilis dan telur rebus diiringi kari ikan pari semalam punya.  KC bawa mihun goreng pedas.  Maz bawa sandwich telur dan sardin.  Aishah bawa sushi.

Di Nur Laman Bistari Eco Resort, kami sewa sebuah chalet untuk kemudahan tukar pakaian, solat, makan, etc.  Quite spacious, with 6 single beds.  But most of the time the kids were out in the water.
Gambar di bawah ni diambil di balcony chalet.  Kedudukannya tinggi, so sungai di bawah sana.
 

 
 




I love mandi air sungai so I seorang saja mak budak yang berendam dalam air.  Mak budak yang 3 orang lagi dan Opah budak control vogue, tak mahu membasahkan diri.
 




Dah puas berendam dalam sungai, budak-budak pergi pula main water slide yang disediakan oleh resort ini.  Seronok kemain diaorang meluncur ke dalam air.  Tengok ni ada macam-macam gaya meluncur.  Yang berdiri, yang duduk, yang meniarap pun ada, tapi gambarnya tak diambil.



 



 



Yang takboleh meluncur, duduk aje tepi kolam, jadi juri
 
Di Nur Laman Bistari Eco Resort ni, ada juga water chalet yang letaknya di tepi kolam.  Tapi air kolam tu tak berapa cantik.  Di bawah ni gambar yang diambil di kawasan lepak tepi kolam, boleh nampak water chalet di belakang tu.



Ada jambatan gantung yang merentang di atas sungai.



Menjelang pukul 3 petang, kami pun balik.  Sempat makan aiskrim yang dibelanja oleh Atuk.  Gembira budak-budak ni lepak depan chalet sambil menghabiskan aiskrim. 


Lepas ni rasanya kami akan kerap ke Ulu Yam untuk berkelah.  Tempat ni dekat, luas, dan facility yang paling diminati oleh anak-anak ialah water slide.  Dulu kami selalu ke Janda Baik tapi nampak gayanya Ulu Yam telah memenangi hati anak-anak untuk destinasi piknik kegemaran mereka.

For now, cukup-cukuplah kita beriadah ya anak-anak.  Minggu depan sekolah dah buka, so let's finalise our preparation for school session.



No comments:

Post a Comment