Friday 21 December 2012

SAJAK UNTUK ABAH

Masa berlalu amat pantas.
Seperti baru semalam dia ada.
Bagaikan baru tadi dia senyum.
Seolah-olahnya sekejap tadi dia melambai.

Langkahnya dulu laju
Terbatas pula oleh dugaan
Tubuhnya dulu tegap
Dihakis pula dek kesakitan

Semangatnya tetap sama
Sihat begitu, sakit juga begitu
Mesranya tidak tergugat
Rindunya tidak pudar
Kasihnya tidak padam

Tuturnya lembut
Selembut hatinya
Sentiasa memaafkan
Sentiasa memahami
Tiada keluhan
Tiada rungutan
Yang tidak pernah luntur
Kalimah kesyukuran

Abah
Hari ini genap sebulan
Semoga damai di sana
Dalam dakapan mahabbahNya

Abah
Maafkan kami
Andai terleka
Memberi sedekah kalimah Allah kepadamu

Abah
Maafkan kami
Sekiranya tidak sempat
Membalas jasamu

Allah, cucurilah rahmatMu
kepada insan istimewa
bernama Ismail Hamzah
yang akan sentiasa
aku rindui

No comments:

Post a Comment