Thursday, 27 December 2012

DAH PUAS KE SAWAH, MANDI DI SUNGAI PULA

25 Disember cuti Krismas.  Bestnya cuti.  Ingatkan nak rehat je di rumah.  Tapi kaum kerabat hyperactive bersetuju untuk berpicnic di sungai.  Haih, tak habis-habis berjalan kitaorng ni.  Baru je last weekend ke D Sawah Bendang Homestay di Sungai Besar, ni nak piknik pulak!

So, beramai-ramailah kami menuju ke Sungai Tua, Ulu Yam.  Berpiknik di sana.  Myself bawa chicken sandwich dan banana muffin.  Mama bawa nasi putih berlauk sambal bilis dan telur rebus diiringi kari ikan pari semalam punya.  KC bawa mihun goreng pedas.  Maz bawa sandwich telur dan sardin.  Aishah bawa sushi.

Di Nur Laman Bistari Eco Resort, kami sewa sebuah chalet untuk kemudahan tukar pakaian, solat, makan, etc.  Quite spacious, with 6 single beds.  But most of the time the kids were out in the water.
Gambar di bawah ni diambil di balcony chalet.  Kedudukannya tinggi, so sungai di bawah sana.
 

 
 




I love mandi air sungai so I seorang saja mak budak yang berendam dalam air.  Mak budak yang 3 orang lagi dan Opah budak control vogue, tak mahu membasahkan diri.
 




Dah puas berendam dalam sungai, budak-budak pergi pula main water slide yang disediakan oleh resort ini.  Seronok kemain diaorang meluncur ke dalam air.  Tengok ni ada macam-macam gaya meluncur.  Yang berdiri, yang duduk, yang meniarap pun ada, tapi gambarnya tak diambil.



 



 



Yang takboleh meluncur, duduk aje tepi kolam, jadi juri
 
Di Nur Laman Bistari Eco Resort ni, ada juga water chalet yang letaknya di tepi kolam.  Tapi air kolam tu tak berapa cantik.  Di bawah ni gambar yang diambil di kawasan lepak tepi kolam, boleh nampak water chalet di belakang tu.



Ada jambatan gantung yang merentang di atas sungai.



Menjelang pukul 3 petang, kami pun balik.  Sempat makan aiskrim yang dibelanja oleh Atuk.  Gembira budak-budak ni lepak depan chalet sambil menghabiskan aiskrim. 


Lepas ni rasanya kami akan kerap ke Ulu Yam untuk berkelah.  Tempat ni dekat, luas, dan facility yang paling diminati oleh anak-anak ialah water slide.  Dulu kami selalu ke Janda Baik tapi nampak gayanya Ulu Yam telah memenangi hati anak-anak untuk destinasi piknik kegemaran mereka.

For now, cukup-cukuplah kita beriadah ya anak-anak.  Minggu depan sekolah dah buka, so let's finalise our preparation for school session.



MARI KITA KE BENDANG

Last weekend, i.e. 21 - 23 December 2012, kami sekeluarga telah bercuti di sebuah homestay di Sungai Besar, Selangor.

Ala, dah pernah pergi ke tempat tu sebelum ni.  Tapi disebabkan dah jatuh cinta dengan tempat tu, we all decide to go there again.  This time more people were there because my parents, sister and her family and brother and his family pun datang juga.  But my sis and bro did not stay overnight.  Main tipu diaorang ni.  Lepas berbbq, diaorang balik.  Mentang-mentanglah Sg Besar and Sg Buloh tak jauh sangat, they decided to go home. 

This time we had berbeque on 22 December.  Fuyooo, best menu kitaorng.  Ada chicken wing yang Kak Yang marinate sendiri.  Senang je, kepak ayam tu perap dengan serbuk cili, madu, garam dan sprinkle dengan a pinch of dried basil and thyme.

Then ada juga lamb chop yang diperap oleh Cik Kimi.  Udang besar, ya ampun besar banget yang dibeli oleh Acu Ina di KK, ikan mabong dan ikan tahu juga sotong yang dibeli oleh Kak Yang di pasar Sg Besar.  Semua ini telah dibarbecuekan dengan jayanya oleh tiga orang abang macho, dengan bantuan anakanda-anakanda yang ada.


 
 
 
 Battle of three bald chefs, ha ha ha
 
 
 
 
Puan rumah dengan Acu Ina, tukang import udang besar dari KK
 
Oh my, the prawn is bigger than my face!
Ada juga makanan tambahan lain seperti macaroni and cheese yang disediakan oleh Chef Kak Yang, a very delicious first-attempt mashed potato by Chef Sarina, garlic bread tak garing (cos tak guna oven) but yummy, sauces such as black pepper, air asam Opah Nap, kicap bercili dan beraneka jajan.

Alhamdulillah, semuanya gembira dengan makanan yang sangat delicious, marvellous, sumptuous and last but not least high in colestrol (mau taknya, tengoklah saiz udang tu).

Bila dah kenyang, lenalah tidur.  Di tambah pula dengan cuaca malam yang dingin, maka beradulah kami diulit mimpi indah.  Esoknya, semua kena bangun pagi supaya tak terlepas solat subuh.  And then, when we opened the window, we saw this:

Kabus pagi di tengah sawah
This is my first time, seeing kabus di kawasan sawah.  Ingatkan kat bukit bukau aje berkabus.  We didn't see this during our first trip here in November. 


These four future jelitawans konon-kononnya sejuklah sangat.  Berselubung dalam selimut.  Muka semua selepet, tak mandi.  Nasib baik you alls ni cute.
 
Left to right:  Dinie, Diha, Aleesya dan Memen

Si kenit Aleesya tu rupa-rupanya sorok Mamee dalam selimut.  Nak cikit boleh?


 
By noon we checked out.  Acu Ina dan Kimi proceeded to another KK - Kuala Kangsar.  The rest of us went home straight.  Kami singgah di Cendol Bakar yang famous tu.  Terletak berdekatan dengan Ijok.  Ramai orang singgah makan cendol di situ. 

It was a fun gathering of anak-cucu Atuk Ajis and Opah Jah.  Alhamdulillah, bercuti begini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.  Maklumlah semua orang busy, bukan senang nak berkumpul ramai-ramai begini. Although it was just a vacation in the country, we had great time together. 

Ahli jemaah anak-cucu Atuk Ajis dan Opah Jah dah bercadang untuk percutian berikutnya ke pulau. Cadang-cadangnya nak ke Pangkor.  In sya Allah, kalau jadi dalam bulan 3 nanti. 





 



 

 

 

 

 


Wednesday, 26 December 2012

SI COMEL YANG GANAS

Ini kisah kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w

My children love cat.  Pantang ada kucing yang singgah di rumah, maka the cat will end up being our pet.  Dah banyak kucing yang kami bela.  Yang pertama was called Juju.  Sampai besar dan beranak pinak si Juju kami bela.  Then, there was also Ahmad, Juju's son.  Bila dah besar tetiba si Ahmad menghilangkan diri.  Dah dapat makwe agaknya, terus tak balik-balik.

Ada beberapa kucing lagi yang saya pun dah lupa namanya.  There was also Tom.  Ni kucing yang paling banyak menghabiskan duit.  Masuk wad keluar wad si Tom ni.  Comel sangat dia ni dan manja.  Satu malam, balik dari picking up my kids from my parent's house, we saw Tom terbujur kaku.  Kena langgar.  Sedihnya, especially budak-budak ler.  To me, its more kesian than sedih.  Sampai hati orang langgar Tom yang comel tu. 


Selepas Tom, agak lama juga kami tak membela kucing.  Saya sebenarnya dah serik bila tengok Tom mati.  Tapi anak-anak saya yang suka sangat dengan kucing keep pestering me to allow them to keep cat again.

Satu hari, anak jiran depan rumah menghantar seekor anak kucing yang comel kepada Amir.  Maka, sehingga hari ini Jewel telah menjadi kucing peliharaan edisi terbaru.  Si Jewel ni comel, tapi lasak, superactive, suka melompat dan suka menerkam.









Walaupun kami membela kucing, saya tak suka bermain-main dengan kucing.  Sebabnya saya takut kena cakar dan gigit.  Yang rajin memanjakan kucing ialah anak sulung saya, Amir.  Dia suka mandikan kucing.  Dialah person in charge of bagi makan kucing, bersihkan sangkar kucing dan lain-lain aktiviti berkenaan kucing yang sewaktu dengannya. Dia juga rajin tidur dengan kucing.

Mudah-mudahan ada manfaat dan keberkatan dari usaha anak-anak saya menyayangi kucing.  Meow... meow... meow....




Friday, 21 December 2012

SAJAK UNTUK ABAH

Masa berlalu amat pantas.
Seperti baru semalam dia ada.
Bagaikan baru tadi dia senyum.
Seolah-olahnya sekejap tadi dia melambai.

Langkahnya dulu laju
Terbatas pula oleh dugaan
Tubuhnya dulu tegap
Dihakis pula dek kesakitan

Semangatnya tetap sama
Sihat begitu, sakit juga begitu
Mesranya tidak tergugat
Rindunya tidak pudar
Kasihnya tidak padam

Tuturnya lembut
Selembut hatinya
Sentiasa memaafkan
Sentiasa memahami
Tiada keluhan
Tiada rungutan
Yang tidak pernah luntur
Kalimah kesyukuran

Abah
Hari ini genap sebulan
Semoga damai di sana
Dalam dakapan mahabbahNya

Abah
Maafkan kami
Andai terleka
Memberi sedekah kalimah Allah kepadamu

Abah
Maafkan kami
Sekiranya tidak sempat
Membalas jasamu

Allah, cucurilah rahmatMu
kepada insan istimewa
bernama Ismail Hamzah
yang akan sentiasa
aku rindui

Thursday, 20 December 2012

ORANG KAHWIN LAGI

Last week ada kenduri kahwin lagi.  2 dalam 1 hari yang sama.  Tapi yang kedua tu saya sampai lambat jadi tak bolehlah nak cerita pasal yang itu.

Hah, nak cerita pasal kenduri kahwin yang ini.  When I attended wedding ceremony, I always prefer simplicity, modesty, tidak suka yang overly grand or worst unnecessarily grand.  Tak baik kan, orang punya majlis, suka hatilah macam mana dia nak buat majlis dia kan?  Tak, this is just my opinion, bersederhana itu sangat dituntut dalam agama, manakala membazir itu perbuatan syaitonn.

It is actually a reminder for myself that one day when it comes to be my turn to organise kenduri kahwin for my children - jangan berlebih-lebih.

Yang ini majlis kenduri kahwin Hafiz Farhan, putera sulung Abang Mus dan Kak Ita.  This couple ialah kawan lama family saya.  Walaupun Abang Mus menjemput kami sekeluarga, which include my parents and my two sisters, it turned out only I could make it.



Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Melati.  We reached there about 1 pm, time tetamu sedang ramai.  Dah habis bersalam-salaman dengan parents pengantin, tanya2 khabar, apa lagi kami anak beranak masuk ke dalam dewan untuk soru ler.

Abang Mus dan Kak Ita maintain macam dulu-dulu juga. 

Sedap hidangan yang disediakan.  Nasi minyak dengan lauk ayam goreng berempah, pacelis nenas, dalca dan yang paling saya suka kentang goreng dengan tempe.  Hmm, delicious.  Suka juga kueh mueh yang dihidangkan.  Ada bubur gandum, kueh koci, dadih - itulah yang sempat saya rasa.

Pengantin tidak bersanding, sebaliknya sebaik saja sampai mempelai terus dibawa ke meja jamuan untuk makan beradap.




Yang paling unik di majlis ini ialah aiskrim percuma yang diberikan kepada semua tetamu.  Sekarang ni dah biasa kan, tuan rumah menjamu tetamu dengan aiskrim percuma.  Tapi yang menariknya ialah stall aiskirim tu.  Cer tengok gambor ni:


Hah, doa tu.  Kelas!  Ingat, isteri adalah amanah Allah, jangan sakiti hatinya.  I love the doa.  Baguskan, setiap kali orang nak ambil aiskrim, bacakan doa tu.  Mudah-mudahan berkat rumahtangga pengantin baru.  Mr Hubby yang dua kali ambil aiskrim (oops, sekali untuk anak, second time untuk himself) siap interview pakcik aiskrim ni.  Kalau tak salah Ustaz Daud namanya.  



Hmm, anakandaku sampai dua kon ambik aiskrim ya.

Cenderahati untuk tetamu ialah bekas comel bulat manakala untuk kanak-kanak, ada balang kecil berhias cantik diisi dengan keropok.  Kebetulan Dinie dapat keropok roda which is her favourite. 

 
Yang ini adik pengantin, bekerja keras mengagihkan cenderahati kepada tetamu. 
 
Kepada Abang Mus dan Kak Ita, selamat menerima ahli baru dalam keluarga anda.  Terima kasih kerana masih ingatkan Kak Yang dan menjemput kami sekeluarga.  Kepada pengantin baru, selamat melayari bahtera rumah tangga.  Semoga berkekalan ke akhir hayat, fi mardhotillah.