Thursday 20 December 2012

ORANG KAHWIN LAGI

Last week ada kenduri kahwin lagi.  2 dalam 1 hari yang sama.  Tapi yang kedua tu saya sampai lambat jadi tak bolehlah nak cerita pasal yang itu.

Hah, nak cerita pasal kenduri kahwin yang ini.  When I attended wedding ceremony, I always prefer simplicity, modesty, tidak suka yang overly grand or worst unnecessarily grand.  Tak baik kan, orang punya majlis, suka hatilah macam mana dia nak buat majlis dia kan?  Tak, this is just my opinion, bersederhana itu sangat dituntut dalam agama, manakala membazir itu perbuatan syaitonn.

It is actually a reminder for myself that one day when it comes to be my turn to organise kenduri kahwin for my children - jangan berlebih-lebih.

Yang ini majlis kenduri kahwin Hafiz Farhan, putera sulung Abang Mus dan Kak Ita.  This couple ialah kawan lama family saya.  Walaupun Abang Mus menjemput kami sekeluarga, which include my parents and my two sisters, it turned out only I could make it.



Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Melati.  We reached there about 1 pm, time tetamu sedang ramai.  Dah habis bersalam-salaman dengan parents pengantin, tanya2 khabar, apa lagi kami anak beranak masuk ke dalam dewan untuk soru ler.

Abang Mus dan Kak Ita maintain macam dulu-dulu juga. 

Sedap hidangan yang disediakan.  Nasi minyak dengan lauk ayam goreng berempah, pacelis nenas, dalca dan yang paling saya suka kentang goreng dengan tempe.  Hmm, delicious.  Suka juga kueh mueh yang dihidangkan.  Ada bubur gandum, kueh koci, dadih - itulah yang sempat saya rasa.

Pengantin tidak bersanding, sebaliknya sebaik saja sampai mempelai terus dibawa ke meja jamuan untuk makan beradap.




Yang paling unik di majlis ini ialah aiskrim percuma yang diberikan kepada semua tetamu.  Sekarang ni dah biasa kan, tuan rumah menjamu tetamu dengan aiskrim percuma.  Tapi yang menariknya ialah stall aiskirim tu.  Cer tengok gambor ni:


Hah, doa tu.  Kelas!  Ingat, isteri adalah amanah Allah, jangan sakiti hatinya.  I love the doa.  Baguskan, setiap kali orang nak ambil aiskrim, bacakan doa tu.  Mudah-mudahan berkat rumahtangga pengantin baru.  Mr Hubby yang dua kali ambil aiskrim (oops, sekali untuk anak, second time untuk himself) siap interview pakcik aiskrim ni.  Kalau tak salah Ustaz Daud namanya.  



Hmm, anakandaku sampai dua kon ambik aiskrim ya.

Cenderahati untuk tetamu ialah bekas comel bulat manakala untuk kanak-kanak, ada balang kecil berhias cantik diisi dengan keropok.  Kebetulan Dinie dapat keropok roda which is her favourite. 

 
Yang ini adik pengantin, bekerja keras mengagihkan cenderahati kepada tetamu. 
 
Kepada Abang Mus dan Kak Ita, selamat menerima ahli baru dalam keluarga anda.  Terima kasih kerana masih ingatkan Kak Yang dan menjemput kami sekeluarga.  Kepada pengantin baru, selamat melayari bahtera rumah tangga.  Semoga berkekalan ke akhir hayat, fi mardhotillah.

No comments:

Post a Comment