Thursday 13 December 2012

COLLAGEN YANG SUPERB!

Pernah dengar pasal collagen?
Alahai, collagen tengah famous sejak dua menjak ni.
Banyak produk kecantikan yang dikatakan mengandungi collagen.  Ada juga minuman dan makanan yang dijual di pasaran dicampur dengan collagen.
Nak tahu kenapa?

Kerana collagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia.  Tubuh badan manusia sememangnya mengandungi collagen.  Namun,  apabila seseorang meningkat dewasa, penghasilan collagen mula berkurangan.  Bermula pada usia 25 tahun, tubuh akan kehilangan 1.5% collagen setiap tahun.  Pada usia 35 tahun, tubuh seseorang akan kehilangan 15% dan seterusnya pada usia 45 tahun kehilangan 30% collagen.

Collagen sangat terkenal sebagai ejen anti-penuaan kulit.  Manfaat utamanya adalah untuk mencantikkan kulit, rambut dan kuku.  Namun pengambilan collagen sebenarnya juga baik untuk sendi dan tulang. 

Banyak produk kecantikan dan kesihatan di pasaran yang mengandungi campuran collagen di dalamnya.  Tetapi tahukah kita berapa banyak kandungan collagen di dalam produk tersebut.  Contohnya minuman segera cocoa collagen, tahukah kita berapa banyak koko dan berapa banyak pula collagen di dalamnya?

Maka cara pengambilan collagen yang terbaik ialah dengan memakan rumpai laut yang juga dikenali sebagai ibu collagen atau pure marine collagen.  Collagen ini sekarang banyak diternak di Semporna dan Tawau, Sabah.  Rumpai laut ini mengandungi kepekatan collagen yang sangat tinggi.

Inilah rupanya rumpai laut yang juga dipanggil ibu collagen yang mentah.

Harganya sangat reasonable berbanding suntikan collagen (oops, ini dah tentu sangat mahal dan kesannya tidak menyeluruh - hanya pada bahagian yang disuntik) dan terjamin halal, bersih dan suci kerana anda yang memasaknya sendiri. 

Selain daripada itu, dengan 100 gm ibu collagen kering anda boleh dapat 3 - 4 bekas jelly collagen (seperti gambar di bawah) dan boleh dimakan seisi keluarga.

Susah ke memasaknya?  Taklah.  Rumpai laut ini cuma perlu dibersihkan 5 - 6 kali seperti membasuh beras, rendam semalaman, bersihkan lagi dan rebus selama setengah jam dalam air sebanyak 1.5 - 2 liter.  Bila sudah larut, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.  Pagi sebelum pergi kerja, basuh dan rendam kemudian balik dari kerja bolehlah direbus! 
Ibu collagen yang sudah kembang kerana direndam semalaman, direbus.  Masukkan hirisan daun pandan untuk aroma yang lebih harum. 

Ini pula ibu collagen yang telah larut, dimasukkan ke dalam bekas and ready to be chilled in the fridge.  Nampak macam agar-agar kan?

Memasaknya mudah, memakan dan menggunakannya lagi mudah!  Ambil sesudu besar jelly collagen, lenyek sampai hancur dan campurkan dengan air kosong atau air berperisa kegemaran anda.  Dengan lafaz Bismillah, minum!  Sebaik-baiknya minum 3 kali sehari semasa perut kosong.  Niatkan juga di dalam hati semoga dengan wajah yang cantik, iman kita juga semakin cantik.  Kalau nak kunyah begitu saja pun boleh. 

Jelly collagen yang sudah dilenyek halus, boleh ngap terus.

Jelly collagen yang telah dilenyek boleh juga dibuat masker.  Sapukan rata-rata ke muka dan biarkan kering.  Selepas itu bilas dengan air.

Saya sedang mengamalkan pengambilan collagen dan Alhamdulillah, hasilnya sudah kelihatan.  Semalam encik suami kata kulit saya semakin lembut.  Sukanya kita!  Anak-anak dan suami pun ambil juga tapi mereka tidak sedisiplin saya. 

Kalau berminat hendak mendapatkan ibu collagen, hubungi saya di yangzaimah@gmail.com atau 012 655 6199.  Kalau di waktu pejabat, harap mesej atau emel saja ya.  Maklumlah di office sangat busy.




No comments:

Post a Comment