Ikutlah resam padi, semakin tunduk semakin berisi!
Nampak tak, padi dah berbuah? |
Maknanya, makin banyak yang kita dapat, sepatutnya kita makin merendah diri. Bukannya makin berjaya makin sombong, angkuh, berlagak.
Tapi ni sebenarnya bukan nak cerita pasal padi. Nak cerita pasal percutian di sawah padi, ha ha ha.
Sepatutnya coretan ini ditampalkan di dinding blog lebih awal. Namun, terpaksa aku tangguhkan kerana busy dengan urusan abah. Abah dah tak ada. Semoga abah damai di `sana'. Kalau nak tau lebih lanjut pasal abah, bacalah coretan yang sebelum ini.
Now, its paddy time!
My first step into sawah padi happened during the last raya when I visited an aunt whose house is right smack in the middle of sawah padi. Oh excitednya this city girl bila masuk sawah padi yang sedang menghijau. Terlupa anak-anak memandang ibu diaorang yang tergedik-gedik jalan atas batas padi. Disertai pulak oleh dua orang ahli "Gorgeous Gediks".
Keterujaan dan keseronokan berada di sawah bersambung pula di bulan November. Pada 17 dan 18 Nov, me, hubby and kids; joined by my in-laws had a cuti-cuti sawah padi.
Tengok kat bawah ni, cantik tak padi yang sedang menghijau, sawahnya seluas mata memandang.
So we had to cari rumah lain. Ina remembered D' Sawah Homestay that she had stayed in before so kami semua pergilah ke D' Sawah. OKlah, rumah kecik ada dua bilik tidur, bathroom and toilet berasingan, airconditioned hall dan tuan rumah sediakan banyak tilam. Maka bermalamlah kami semua di situ. Another bro-in-law, Jijai joined us later with his wife Sarina and little angel Alesya.
Esok, pagi-pagi around 7 am, me and hubby ronda-ronda pekan Sekinchan cari breakfast. These were what we bought:
Sedap nasi lemak comel dan karipap panas yang baru keluar dari kuali.
Tapi nak dijadikan cerita, we had problem ini Sekinchan. First, there was no water
supply. Apparently the whole Sekinchan
area was having water supply problem that morning. We could bear the water problem. But the worst was when the toilet had a
blockage and could not be used at all.
We waited for the owner to fix the problem, but by afternoon when he
could not fix the toilet, we had to move out.
Sementara menunggu pakcik owner homestay datang fix toilet, budak-budak dah keresahan menunggu dalam rumah. Mak bapak pulak syok buat taik mata, maklumlah tidur dalam air-cond. Maka terpaksalah kami membuat sesuatu. Main layang-layang depan rumah, bersungguh-sungguh anak-anak cuba menerbangkan lelayang. Kejap jadi, kejap tak jadi. Hubby tried his luck at angling. Seekor ikan pun tak dapat, he he.
Sementara pakcik owner fix toilet, kami pun pergi lunch. Wow, it was awesome. Ada satu restoran bernama Restoran Lembah Bernam yang letaknya jauh ke dalam, entah parit berapa aku pun tak tau. Tapi makanannya, terbaeeekkk! Lauk pauk kampung, ikan air tawar seperti sepat, puyu, baung and few others that I don't recognise, sodap sangat-sangat. Ada juga lauk eksotik seperti daging pelanduk, rusa, landak, kijang. We ordered half kilo of landak, buat masak rendang and half kilo of pelanduk masak black pepper. MasyaAllah, enak, lazat and oh sooo exotic! My first time eating landak. I don't mind eating it again and again and again. Must come back to this restaurant in the future. The restaurant also serves variety of desserts such as dadih, jelly kelapa, puding triffle, tapai ubi and pulut, apam polka dot. Macam-macam ada!
Kata orang, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Tapi hati kami tak senang. Balik ke homestay D' Sawah, toilet masih tak direpair. Terpaksalah kami move out. Thanks to Mr Google, Ina found a homestay in Sungai Besar, and my, to our pleasure, this place is awesome! Terletak di parit 6 1/2, Sg Besar. Rumah Melayu tradisional dibuat daripada kayu, tapi lengkap dengan perabot moden. Cuma tvnya kecik sikit, and old model. Bersih, kemas dan ada verandah di sebelah dapur yang sangat aku kagumi. I call it "every wife's dream kitchen". When we arrived around 4 pm, it was windy and the rain had just stopped.
Macam-macam aktiviti yang kami buat. Jalan-jalan atas batas sawah, menikmati angin petang yang sungguh menyegarkan. Hubby cuba memancing lagi. Ada juga yang main layang-layang, tak puas main di Sekinchan tadi. It was fun, enjoyable, relaxing and at night the environment was serene. The air-conditioner in the room was not working, but we did not need mind as we did not need the air-cond at all. Sejuk, damai dan tenang di waktu malam.
Bersama Hakeem di depan rumah. Nampak tak senibina tradisional? |
Balcony di sebelah dapur. Nice to dine here, sambil dibelai bayu yang berhembus. Perhaps owner can place a dining table here. |
Nak juga memancing. Sampai balik seekor ikan pun tak dapat. Bang, ikan bendang tak makan roti! |
Tengok lelayang ke? |
City kids jakun sekejap jalan atas batas sawah |
Kimi, pesal engko cabut padi tu? Belum boleh makan lagi padi tu, buahnya tak keluar pun lagi! |
Mengintai fajar menyinsing, dari celah jendela. |
"Masuk facebook yong" kata dia bila aku snap gambar dia. |
"Teman ambik komisen jer" dia jawab, bila aku tanya "buat sendiri ke bang?" |
"Teman ase Teluk Intan. Sungei Kerawei. Nenek teman ada sawah, dijuenya. Itule pase cucunya kena jue kueh ghope ini"
|
Menarik sungguh la abang ni. I found him interesting because he is friendly, witty, and his way of selling is unique.
Lebih kurang pukul 11 jam kami bertolak balik ke Sungai Buloh. Singgah menyantap mi udang banjir di Tanjung Karang sebelum terus balik ke rumah.
Percutian yang sangat menyeronokkan. Sangat-sangat disyorkan kepada anda yang ingin menikmati suasana sawah padi. Depan, belakang, kiri dan kanan rumah semuanya sawah. Sejuk mata memandang sawah yang menghijau.
Harap-harap dapat ke sana lagi, insyaAllah.
Puan, ada kontak number tak utk homestay rumah kampung tradisional parit 6 1/2, Sg Besar tu.. terimakasih..
ReplyDeleteraeisza@yahoo.co.uk