Thursday, 13 December 2012

MAJLIS PERKAHWINAN

Bulan Disember sinonim dengan musim orang kahwin.  Maklumlah cuti sekolahnya panjang, cikgu-cikgu dapat berehat sikit masa cuti sekolah (I say sikit because I know how busy a life of a teacher is, tiap-tiap hari bawa balik kerja, sian tau).  Maka ramailah orang yang nak mengawinkan anak memilih bulan Disember untuk majlis kahwin.  Bukan orang yang kahwin dan orang yang mengawinkan anak saja yang sibuk, orang yang nak pergi majlis kahwin pun sibuk juga.  Mana taknya, every weekend ada undangan, like myself.

From 1 December onwards, I have many wedding invitations, except the weekend before Christmas.  Tak tau pulak kenapa tak ada jemputan minggu tu yek.  On the 8th and 15th, siap ada dua invitation on the same day.  Mungkin ada yang saya tak dapat penuhi undangan.  Kepada yang mengundang, faham-fahamlah ya kalau tak nampak muka kita kat majlis awak.

I love to attend wedding ceremony.  To me a wedding ceremony is a happy occassion.  Boleh dikatakan semua orang nampak gembira, ceria, bahagia di majlis perkahwinan.  Kalau ada muka tak ceria, may be ahli geng penanggah yang dah letih berhidang dan mengemas meja.  Or pekerja syarikat katering yang dah letih, bekerja dari pagi.  Or tetamu yang anak kecilnya buat ragam, mengamuk tak dapat gula-gula or nak pergi toilet or dah tak sabar nak balik.

I like majlis perkahwinan yang sederhana.  Tidak berlebih-lebih dan tuan rumah yang menjemput meraikan tetamu yang datang.  Pernah pergi ke majlis perkahwinan, tuan rumahnya sekadar bersalam masa kita sampai and masa kita balik.  Tak sempat nak bercakap langsung, punyalah sibuk tuan rumah tu.  Yalah, kita faham orang tengah sibuk.  Kita tak kecil hati pun.

I want to share my friend's daughter wedding.  Rafidah ni my classmate during Mandarin lesson masa di UITM.  Kawan baik yang sentiasa mengingati saya.  Tak sangka dah bermenantu dah kau Fid.  Terima kasih Fid for remembering me and inviting me.  I am so terharu.

Me and mak pengantin. 

Her daughter, Oleen's wedding was held on 1 December 2012 at Crowne Plaza Mutiara Hotel. 

Saya sangat suka majlis itu because it was simple.  Simple yet tastefully done.  Kad undangan kata start pukul 8 malam.  Saya dah cuak, ni mesti start lambat.  Ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas extra ordinary pada siang sabtu itu.  Tapi Alhamdulillah, tepat 8.30 malam majlis pun bermula.  Kalau ikut standard Malaysia, delay setengah jam tu OK lah.

Pengantin masuk diiringi lagu Bunga Cinta Lestari, I don't remember the title.  Then disandingkan.  Dijemput pula parents pengantin perempuan and then parents pengantin lelaki bergambar.  Lepas tu dijemput pengantin turun pelamin untuk menjamu selera.  Tetamu pun dipersilakan makan.  Tak adalah ucapan dari bapa pengantin, ke emak, ke nenek ke entah sapa-sapa lagi yang dipanggil berucap.  Tak adalah slideshow tayang gambar pengantin dari zaman pakai pampers sampai ke zaman berdating.  Oh I just love this simplicity!



The food was superb!  Of course lah kan, standard Crowne Plaza Mutiara gitu.  Away from the normal nasi minyak, ayam masak merah, rendang tok, acar buah and other normal stuff at wedding.  Well, don't get me wrong.  I am not against these food.  They are usually delicious.  But it was also nice to eat something different at majlis perkahwinan.  I can't remember exactly the whole menu, but I do remember the fish fillet with butter sauce, lamb, rojak buah, creme brulee.  Oh, so delicious.

The decor was beautiful.  Saya paling suka tiang yang lampunya bertukar-tukar warna tu.  Cantik.





The buah tangan pun lain dari yang lain.  Not the normal bunga telur but it was a small jar filled with honey.  Sweetnya.


Bila majlisnya simple, tetamu rasa selesa.  Tak rasa terbeban dengan acara yang panjang meleret-leret.  Ada juga masalah lain yang pernah saya alami di majlis perkahwinan, antaranya makanan tidak mencukupi, tempat duduk tidak mencukupi sehingga terpaksa berdiri lama sebelum dapat duduk dan makan, pinggan dan cawan tidak mencukupi, pengacara majlis yang bercakap entah apa-apa and does not sound professional and the worst one - the whole family sakit perut lepas makan di kenduri itu.

Kepada yang bakal menganjurkan majlis perkahwinan ahli keluarga anda, semoga majlis anda berjalan dengan lancar.  Amalkanlah kesederhanaan.  Agama kita pun tidak menggalakkan berlebih-lebih dan bermewah-mewah dalam melakukan sesuatu.  Keberkatan sesuatu majlis di mata Allah lebih penting daripada kemeriahannya pada pandangan manusia.

To my friend Fid,
  • sorry this posting was done so much later.  I was very busy darling.
  • congratulations on your daughter's marriage.  Semoga rumah tangganya bahagia hingga ke akhir hayat dan "fi mardhotillah".
  • semoga cepat dapat cucu.  Auuww, jadi nenek vogue gitu.
  • thank you again for inviting me
  • jangan lupa jemput I untuk majlis-majlis yang akan datang, and please maintain the kesederhanaan



Wednesday, 12 December 2012

UNTUK KAMU

Saya sangat2 suka lagu ni.  Lagu dari filem Ombak Rindu.  Lagu sentimental yang so relaxing bila didengar.


Of all the videos that I found on youtube, I love the above video the most.  Kudos to the creator of the video.

To all the people whom I love, lagu ini UNTUK KAMU.

Friday, 30 November 2012

I AM SO TERRIBLY SLEEPY

Yawn


Yawn


Yawning again.

Hmm.  What have got into me?  I am feeling sooo sleepyyyyyyy!

It's normal to once in a while feel sleepy while you are in office.
Agree? 
Nope?
WHY NOT?

Ok apa, sekali sekala mengantuk, especially lepas lunch.

But, now, this sleepiness is terrible lah.

Tak boleh nak bukak mata langsung.

Jari jemari comel-montelku (masuk lif tekan sendiri) yang rancak menari di atas keyboard,
tetiba jadi slow, makin slow, teramatlah slow,
last-last stop.
Pasal aku terlelap.
Adoyai!!!

Could it be the lunch?
It was a fantabulous lunch I had today.  Nasi berlauk ayam kampung goreng, lala masak lemak dan timun.  Minumannya sour sop juice, gelas besar.  Sodap.  Kat Bandar Tun Razak je.

But I did not eat a lot!! (I think so)

Could it be the Friday mood has gotten into me?
Yeah, it's almost 3 pm on Friday afternoon.
And it's another 2 and  a half hour to the end of my office hours.
And I am already thinking of the weekend.

Oh, whatever the reason is,
please open up my beautiful eyes
as I have work to finish up
and kerja itu ibadah

Yup, kerja itu ibadah
Bangun Kak Yang, bangun!

Wednesday, 28 November 2012

Kalau Cinta

Kalau cinta....

lafazkanlah.  Agar yang dicintai mengerti apa yang tersimpan di dalam hati.

pamerkanlah.  Biar yang dicintai merasai apa yang dilafazkan.

buktikanlah.  Supaya yang dicintai mempercayai akan ikrar cinta yang dibuat.

bajailah.  Agar cinta itu bercambah lantas mekar dengan subur.

raikanlah.  Supaya musim-musim cinta berkekalan sepanjang hayat, tidak hangat hanya di permulaan dan menjadi semakin dingin di sepanjang perjalanan cinta.


Kalau cinta....

kepada Allah, patuhi suruhannya dan jauhi larangannya.  Harus istiqomah, ikhlas dan yakin.  Dia sentiasa ada.  Berbicaralah denganNya, dia sentiasa mendengar.  Mintalah kepadaNya, dia Maha Pemurah.  Mengadulah denganNya, dia Maha Pengasih. 

kepada Nabi Muhammad s.a.w, contohilah akhlaknya.  Amalkan sunnahnya.  Banyakkan berselawat kepadanya.  Berbanggalah menjadi umatnya. 

kepada ibu dan bapa, jadilah anak yang soleh/solehah.  Akurlah kepada mereka, selagi tidak bercanggah dengan hukum agama.  Doakan kesejahteraan mereka.  Hargai pengorbanan mereka.  Luangkan masa untuk mereka.  Jangan menderhaka.

kepada suami/isteri, tunaikanlah tanggungjawab sebaik-baiknya.  Terima kelebihan pasangan dengan kesyukuran dan kelemahan pasangan dengan kesabaran.  Jadilah pendengar yang setia untuknya.  Hormati haknya.  Bersedialah untuk bersusah dan bersenang bersama.  Harus setia sehingga ke hujung nyawa.

kepada anak, jalankanlah tanggungjawab sebagai ibu bapa.  Jadilah contoh yang baik kepada anak.  Didiklah dengan ilmu agar anak berjaya dunia dan akhirat.  Doakan anak sentiasa.  Lindungi anak selagi upaya.  Semaikan nilai murni dalam jiwanya. 

kepada sahabat, contohilah Saidina Abu Bakar yang setia bersama Nabi Muhammad s.a.w.  Hormati hak sahabat.  Hulurkan bantuan di saat dia memerlukan.  Ziarah dia di waktu lapang.  Ambil berat terhadapnya.  Jangan mengkhianatinya.

kepada harta, berinfaklah ke jalan Allah.  Biarlah cinta itu membawa kita dekat kepadaNya, dan bukan melalaikan hingga akhirnya tersasar jauh dari jalanNya. 





Tuesday, 27 November 2012

Cuti cuti sawah padi

Ikutlah resam padi, semakin tunduk semakin berisi!
Nampak tak, padi dah berbuah?
Inilah pengajaran yang boleh diambil daripada pokok padi.  Makin lebat isi buah padinya, makin beratlah pokoknya dan makin tunduklah ia.

Maknanya, makin banyak yang kita dapat, sepatutnya kita makin merendah diri.  Bukannya makin berjaya makin sombong, angkuh, berlagak.

Tapi ni sebenarnya bukan nak cerita pasal padi.  Nak cerita pasal percutian di sawah padi, ha ha ha.

Sepatutnya coretan ini ditampalkan di dinding blog lebih awal.  Namun, terpaksa aku tangguhkan kerana busy dengan urusan abah.  Abah dah tak ada.  Semoga abah damai di `sana'.  Kalau nak tau lebih lanjut pasal abah, bacalah coretan yang sebelum ini.

Now, its paddy time!

My first step into sawah padi happened during the last raya when I visited an aunt whose house is right smack in the middle of sawah padi.  Oh excitednya this city girl bila masuk sawah padi yang sedang menghijau.  Terlupa anak-anak memandang ibu diaorang yang tergedik-gedik jalan atas batas padi.  Disertai pulak oleh dua orang ahli "Gorgeous Gediks".

Keterujaan dan keseronokan berada di sawah bersambung pula di bulan November.  Pada 17 dan 18 Nov, me, hubby and kids; joined by my in-laws had a cuti-cuti sawah padi.

Tengok kat bawah ni, cantik tak padi yang sedang menghijau, sawahnya seluas mata memandang.
 
 
Tapi percutian ini bermula dengan kekecewaan.  Homestay yang disewa oleh my sis-in-law Ina, was in a terrible condition.  My bro-in-law, Alang arrived at the Parit 7 Sg Besar homestay with his family.  The condition of the house was much to his dismay.  The house was not prepared to receive guests.  It was in a mess, diry and the caretaker was a lackadaisical person who thought what was prepared was just perfect for the guest.  Sorry, not us.  We can't accept a homestay that has a fridge loaded with leftover food, daging in the freezer.  Ada pulak mesin parut kelapa terletak kat dapur.  The fan in the house was sooo dirty, hitam penuh dengan habuk.  The tilam and katil was ewwhh, tak selera nengoknya.

So we had to cari rumah lain.  Ina remembered D' Sawah Homestay that she had stayed in before so kami semua pergilah ke D' Sawah.  OKlah, rumah kecik ada dua bilik tidur, bathroom and toilet berasingan, airconditioned hall dan tuan rumah sediakan banyak tilam.  Maka bermalamlah kami semua di situ.  Another bro-in-law, Jijai joined us later with his wife Sarina and little angel Alesya.

Esok, pagi-pagi around 7 am, me and hubby ronda-ronda pekan Sekinchan cari breakfast.  These were what we bought:

Sedap nasi lemak comel dan karipap panas yang baru keluar dari kuali.

Tapi nak dijadikan cerita, we had problem ini Sekinchan.  First, there was no water supply.  Apparently the whole Sekinchan area was having water supply problem that morning.  We could bear the water problem.  But the worst was when the toilet had a blockage and could not be used at all.  We waited for the owner to fix the problem, but by afternoon when he could not fix the toilet, we had to move out. 
 
 
Sementara menunggu pakcik owner homestay datang fix toilet, budak-budak dah keresahan menunggu dalam rumah.  Mak bapak pulak syok buat taik mata, maklumlah tidur dalam air-cond.  Maka terpaksalah kami membuat sesuatu.  Main layang-layang depan rumah, bersungguh-sungguh anak-anak cuba menerbangkan lelayang.  Kejap jadi, kejap tak jadi.  Hubby tried his luck at angling.  Seekor ikan pun tak dapat, he he.
 
Sementara pakcik owner fix toilet, kami pun pergi lunch.  Wow, it was awesome.  Ada satu restoran bernama Restoran Lembah Bernam yang letaknya jauh ke dalam, entah parit berapa aku pun tak tau.  Tapi makanannya, terbaeeekkk!  Lauk pauk kampung, ikan air tawar seperti sepat, puyu, baung and few others that I don't recognise, sodap sangat-sangat.  Ada juga lauk eksotik seperti daging pelanduk, rusa, landak, kijang.  We ordered half kilo of landak, buat masak rendang and half kilo of pelanduk masak black pepper.  MasyaAllah, enak, lazat and oh sooo exotic!  My first time eating landak.  I don't mind eating it again and again and again.  Must come back to this restaurant in the future.  The restaurant also serves variety of desserts such as dadih, jelly kelapa, puding triffle, tapai ubi and pulut, apam polka dot. Macam-macam ada!

The interior of Restoran Lembah Bernam
Kata orang, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.  Tapi hati kami tak senang.  Balik ke homestay D' Sawah, toilet masih tak direpair.  Terpaksalah kami move out.  Thanks to Mr Google, Ina found a homestay in Sungai Besar, and my, to our pleasure, this place is awesome! Terletak di parit 6 1/2, Sg Besar. Rumah Melayu tradisional dibuat daripada kayu, tapi lengkap dengan perabot moden. Cuma tvnya kecik sikit, and old model.  Bersih, kemas dan ada verandah di sebelah dapur yang sangat aku kagumi. I call it "every wife's dream kitchen". When we arrived around 4 pm, it was windy and the rain had just stopped.
 
 
Macam-macam aktiviti yang kami buat. Jalan-jalan atas batas sawah, menikmati angin petang yang sungguh menyegarkan. Hubby cuba memancing lagi. Ada juga yang main layang-layang, tak puas main di Sekinchan tadi. It was fun, enjoyable, relaxing and at night the environment was serene. The air-conditioner in the room was not working, but we did not need mind as we did not need the air-cond at all. Sejuk, damai dan tenang di waktu malam.
Bersama Hakeem di depan rumah.  Nampak tak senibina tradisional?
Balcony di sebelah dapur. Nice to dine here, sambil dibelai bayu yang berhembus.  Perhaps owner can place a dining table here.
Nak juga memancing. Sampai balik seekor ikan pun tak dapat.  Bang, ikan bendang tak makan roti!
Tengok lelayang ke?
City kids jakun sekejap jalan atas batas sawah
Kimi, pesal engko cabut padi tu?  Belum boleh makan lagi padi tu, buahnya tak keluar pun lagi!
Mengintai fajar menyinsing, dari celah jendela.
The next day, hubby and Alang went to look for breakfast.  I was about to join the rest who were already in the bendang.  Tetiba terdengar bunyi hon motorsikal dan laungan "kueh, kueh" dari loud speaker.  Tu dia, abang ni unik sungguh.  Dia jual kuih muih naik motor.  Terover friendly abang ni, dipanggilnya aku yong. 

"Masuk facebook yong" kata dia bila aku snap gambar dia.
"Teman ambik komisen jer" dia jawab, bila aku tanya "buat sendiri ke bang?"
 
"Teman ase Teluk Intan. Sungei Kerawei. Nenek teman ada sawah, dijuenya. Itule pase cucunya kena jue kueh ghope ini"
 
Menarik sungguh la abang ni.  I found him interesting because he is friendly, witty, and his way of selling is unique.
 
Lebih kurang pukul 11 jam kami bertolak balik ke Sungai Buloh.  Singgah menyantap mi udang banjir di Tanjung Karang sebelum terus balik ke rumah.
 
Percutian yang sangat menyeronokkan.  Sangat-sangat disyorkan kepada anda yang ingin menikmati suasana sawah padi.  Depan, belakang, kiri dan kanan rumah semuanya sawah.  Sejuk mata memandang sawah yang menghijau.
 
Harap-harap dapat ke sana lagi, insyaAllah.
 
 










 

 




 

Abah

Abah.  Satu insan yang sangat istimewa. 
Istimewa kerana sikap pengasihnya.  Kasih sayang abah merapatkan aku dengan ibu tiri dan adik-adik berlainan ibu.  Abah tinggal dengan mereka di Jementah.

Aku tidak rapat dengan abah.  Perceraian abah dengan mama memisahkan kami.  Namun, kuasa Allah menyatukan kami.  Bila usia menginjak dewasa, kesedaran tentang pentingnya menjalin hubungan kekeluargaan dan keupayaan untuk menziarahi abah yang disokong oleh suami tercinta, menjadikan kami rapat semula.

Aidilfitri menjadi tali penghubung, mengikat kasih sayang antara kami agar tidak terputus walau jarak memisahkan, walau kesibukan menjadi dalang.  Sejak bertahun, sudah menjadi rutin pada hari raya pertama, kebiasaannya selepas Zuhur, kami akan bertolak ke Jementah untuk meraikan aidilfitri dengan abah.  Dan abah tidak betah duduk diam, selagi anak-anaknya belum tiba.  Sekejap-sekejap dia menelefon, bertanya sudah sampai di mana.  Sekejap-sekejap dia bertanya mama, bila anak-anak akan tiba.


Aidilfitri terakhir bersama abah

Bukan sekadar aidilfitri, bila saja ada kelapangan masa, aku ajak suami pulang ke Jementah, menziarahi abah dan meluangkan masa dengannya.

Abah rajin melayan cucu. Masih aku ingati percutian kami di Bachok, Kelantan. Tidur di chalet tepi pantai. Keesokan harinya abah seronok melayan cucu-cucunya mandi manda. Petangnya abah seronok melayan cucunya makan "cholek" di pantai.

Abah suka bercerita.  Dua perkara yang sering diceritakan ialah tempat-tempat menarik yang pernah dilawatinya ketika dia bekerja sebagai pemandu pelancong dan politik.  Ingatan abah sangat baik hinggakan dia boleh mengingati banyak tempat menarik yang dilawati dan berkongsi keunikan tempat-tempat tersebut.  Abah juga suka berkongsi cerita tentang kawasan-kawasan felda yang pernah disinggahinya semasa beliau menjalankan perniagaan roti.

Abah tidak suka menceritakan keburukan orang.  Pernah abah menegur aku kerana bercakap mengenai seseorang di depannya.  Abah juga tidak suka menyusahkan orang lain.  Walau dalam keadaan kesihatan yang kurang baik, dia tidak meminta dipimpin.  Ketika dia perlu menggunakan tiub untuk buang air kecil, hanya mama yang dibenarkan mengosongkan dan membersihkan kantung kencingnya.

Kata mama Ida, abah tidak pernah mengeluh, sentiasa optimis dan sentiasa tenang.  Apa pun dugaan, masalah atau situasi sukar yang dihadapinya, dia tetap tenang.

Abah serba sederhana.  Tidak bermegah-megah, tidak bermewah-mewah.  Sentiasa merendah diri.  Aku sangat pasti, abah orang yang disenangi ramai.

Abah sangat mementingkan ukhwah.  Setiap kali ada jemputan daripada saudara mara, selagi upaya, abah akan penuhi jemputan itu.  Walaupun dia terpaksa mengharungi perjalanan berjam-jam lamanya, selagi kudratnya ada, dia tetap akan hadir.

Abah semakin dimamah usia.  Dari seorang lelaki yang sihat dan tegap, abah mula sakit.  "Sakit sikit-sikit je", katanya bila ditanya kala terdengar bunyi batuknya.  "Ok, tak ada apa" sering dia menjawab begitu bila ditanya tentang kesihatannya.

Abah pernah kena stroke dua kali.  Alhamdulillah, abah sihat semula.  Abah memang kuat melawan penyakit.  Dia dah terbiasa aktif, jadi dia rimas bila sakit.  Selalu abah kuatkan semangat bahawa dia pasti akan sihat dan dapat menjalani aktiviti seperti biasa.

Pernah tangan abah tak dapat berfungsi dengan baik kerana serangan stroke.  Namun, perlahan-lahan jari jemari abah pulih semula.  Pernah juga pertuturan abah menjadi kabur, susah untuk difahami.  Lebih-lebih lagi kalau abah bercakap dalam telefon, susah hendak mentafsir apa yang dituturkannya.  Namun abah cekal, semangatnya kuat.  Perlahan-lahan, pertuturannya pulih, walau tidak baik seperti sediakala.

Langkah kaki abah juga tidak tangkas seperti dahulu.  Masih segar dalam ingatan, ketika aku balik menjenguk abah sehari selepas Aidiladha, berjingkit-jingkit abah keluar dari bilik, dengan kantung kencing diselit di celah gulungan kain pelikat.  Abah senyum, dia nampak steady, sihat dan happy.  Banyak abah makan nasi goreng yang dibuat oleh Ika, adikku.  Memang kalau Ika balik, abah akan request nasi goreng Ika.  Habis semangkuk bubur kacang abah makan.  Itulah kali terakhir aku meluangkan masa dengan abah, ketika kesihatannya belum merosot.

Namun, siapalah kita untuk melawan takdir.  Akhirnya, pada 22 November 2012, jam 11.05 malam, bersamaan 9 Muharram 1433, abah pergi untuk selama-lamanya.  Abah pulang menemui Al Khaliqnya.  Baru saja semalamnya aku, Kak Chik dan adik menziarahi abah di hospital.  Memang nampak teruk keadaan abah, berbanding keadaannya ketika sakit sebelum-sebelum ini.  Abah tak ada selera makan.  Abah tak berupaya untuk bangun duduk di atas katil hospital.  Abah tak mampu senyum kepada kami, tidak seperti lazimnya abah sentiasa murah dengan senyuman, walaupun ketika tidak sihat.


Ketika aku maklumkan kepadanya dia mungkin boleh balik petang itu, abah kata "satu malam lagi."  Bila mama pujuk, lebih baik balik kerana di rumah lebih selesa, abah ulangi "satu malam lagi."  Mungkinkah abah mengetahui dia akan pergi? 

Pada pagi 22 November itu, hati sudah merasa berat untuk pergi bekerja sejak subuh lagi. Aku sangkakan mungkin kepenatan memandu pada hari semalamnya menyebabkan aku merasa malas.  Namun, ketika aku dalam perjalanan ke tempat kerja, panggilan telefon daripada Alop memberi jawapan kepada gerak hatiku.  Pagi itu abah kena serangan jantung. 

Ketika kami sampai di hospital sekitar jam 3.45 petang, abah sudah dipasang dengan alat sokongan hayat.  Degupan jantungnya terlalu kencang, tekanan darahnya pula terlalu rendah.  Saudara-mara sudah dimaklumkan.  Ramai yang menziarahi abah di hospital.  Kami beredar dari hospital sekitar jam 8 malam.

Sekitar jam 9.30 malam, ketika sedang membacakan Yaasin untuk abah, aku menerima panggilan telefon daripada Ika, memaklumkan bahawa doktor memanggil isteri dan waris abah ke hospital kerana abah semakin tenat.  Ketika aku sampai ke katilnya, abah telah pergi.

Abah pergi pada malam Jumaat.  Abah pergi diiringi airmata orang-orang yang mengasihi abah.  Awan mendung mengiringi perjalanan jenazah abah ke pusaranya.  Sebelum solat jumaat, jenazah abah selamat disemadikan.  Alhamdulillah, anak-anak lelaki abah memandikan jenazah abah.  Alhamdulilah, semua urusan pengkebumian abah berjalan dengan lancar.

Kain kapan abah

Abah telah pergi, buat selama-lamanya.  Yang tinggal ialah kasih sayang abah, kenangan bersama abah, sikap baik abah yang perlu aku contohi dan semangat abah yang perlu aku ambil.

Semasa dia hidup, aku tak pernah ucapkan aku sayang kepadanya.  Sepanjang hayatnya, aku hanya mengenalinya dengan lebih rapat setelah berumah tangga.  Maknanya aku lebih akrab dengan abah hanya sepanjang 17 tahun yang lepas.  Namun aku sebenarnya sangat-sangat sayangkan abah.

Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku 17 tahun yang indah bersama abah.
Syukran ya Allah kerana memberikan aku ibu tiri yang sangat baik, yang telah bersusah payah menjaga abah dan setia bersamanya ketika susah dan senang.  Juga di atas layanan baiknya terhadap kami.
Alhamdulillah di atas hubungan kekeluargaan yang baik dengan adik-adik di sana.  Semoga ianya berkekalan, walaupun tanpa abah sebagai tali pengikat yang memastikan ikatan persaudaraan itu tidak rapuh.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Haji Ismail bin Haji Hamzah dan menempatkan beliau di kalangan mereka yang dirahmatiNya.  Amin.








Monday, 12 November 2012

Bersihkan hatiku!


Pernah dengar penyakit hati?  Bukan hati as in the “organ” tetapi hati as in “nurani", "kalbu", "perasaan”. 
 
Hati yang sakit akan cepat marah bila ditegur kesilapan.

Hati yang sakit akan cepat mencemburui kelebihan orang lain tanpa sebab.

Hati yang sakit akan cepat merasa dirinya lebih hebat bila perbandingan dibuat.
 
Hati yang sakit adalah hati yang sentiasa tidak berpuas hati dengan segala macam perkara.
 
Hati yang sakit tidak boleh melihat orang lain senang.
 
Hati yang sakit akan membuatkan si pemilik hati sentiasa merasakan dirinya benar, dan orang lain semuanya salah.
 
Hati yang sakit adalah hati yang lupa mensyukuri nikmat, tetapi mengeluh terhadap apa yang tidak dimiliki, sedangkan banyak perkara/benda lain yang dimiliki.
 
Hati yang sakit membuatkan pemiliknya suka membangga diri.
 
Hati yang sakit menyimpan dendam.
 
Sejujurnya, saya pernah merasa iri terhadap orang lain.  Iri tidak bersebab, semata-mata dipengaruhi hati yang sakit. 
 
Saya juga cemburu terhadap kebolehan orang lain.  Terasa diri sendiri lebih hebat daripada orang itu.  Terasa apa yang dia buat, saya pun boleh buat.  Malahan boleh buat lebih baik lagi. 
 
Bohonglah kalau saya tidak pernah riak.  Saya hanya manusia biasa yang memiliki hati.  Hati yang sakit!  Terlupa kebesaranNya, maka terpamer keriakkan.

Hati yang sakit perlu dirawat.
Bagaimana merawat hati?
Rawatlah hati kita dengan banyak mengingati Pencipta Yang Maha Esa. Bila mengingatiNya, kita akan sedar yang diri kita sebenarnya tidak sehebat mana. Bila sedar diri tidak hebat, maka janganlah marah-marah, cemburu, dengki, sakit hati bila orang lain lebih berjaya, lebih pandai, lebih cantik, lebih kaya, lebih glamour, lebih segala-galanyalah.
 
Rawatlah hati kita dengan bermuhasabah.  Muhasabah membantu menyedarkan akan kesalahan diri sendiri.  Muhasabah mampu meredakan cemburu tidak bertempat, iri tidak berasas, dengki tidak bersebab dan berbagai penyakit hati yang lain.
 
Rawatlah hati kita dengan mengenali Rasulullah s.a.w.  Beliau manusia hebat yang Allah telah bersihkan hatinya.  Bagaimana beliau dilayan dengan teruk, namun tidak berdendam, malahan mendoakan kebaikan kepada si pelaku.  Memang jauh benar taraf kita dengan Rasulullah s.a.w.  Namun, setakat yang mampu, contohilah kekasih Allah yang sangat hebat ini.
 
Rawatlah hati dengan zikrullah.  Amalkan zikir-zikir yang mampu menenangkan hati.  Sesungguhnya, belum pernah saya berzikir dan hati menjadi semakin sakit.  Itulah kehebatan zikir.  Memberi ketenangan, membawa kesedaran dan menyedarkan sesungguhnya diri ini hanyalah insan kerdil yang tidak punya apa-apa melainkan ihsan dariNya.
 
Bersihkan hatiku!  Peringatan untuk diri sendiri.  Tidak mahu lagi riak.  Jangan lagi mencemburui.  Usah iri hati.  Berlapang dada dengan setiap teguran.  Buang segala dendam dari hati ini. 
 
Bersihkan hatiku!  Hatiku milikku.  Aku yang menentukan perasaanku, dan perasaan yang baik datang dari hati yang baik, yang bersih.
 
Bersihkan hatiku!  InsyaAllah.